[MESTI BACA] Suami Kutip Cebisan Daging Isteri Selepas Berkecai Digilis Lori Pasir
Sungguh tabah dan cekal hati seorang suami ini apabila sanggup mengutip cebisan mayat isterinya selepas maut digilis lori pasir dalam kemalangan.
Pada 17 Jun 2014, Pasangan Suami Isteri, Hafiz Dan Noorshah Terlibat Dalam Satu Kemalangan Ngeri Yang Meragut Nyawa Si Isteri Semasa Dalam Perjalanan Pergi Ke Tempat Kerja Di Cheras
Pagi Selasa, berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan sepasang suami isteri Muhammad Hafiz Ab Rahman, 28, menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras.
blogspot.comMenurut Hafiz, Kejadian Berlaku Ketika Dia Sedang Menyelit Di Celah Sebuah Lori Pasir Dan Cuba Mengelak Sebuah Kereta Mewah Dihadapannya Lalu Hilang Kawalan Dan Terjatuh Ke Bawah Lori 3 Tan Tersebut
Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara sebuah lori pasir yang melalui jalan itu.
kosmo.com.myDalam keadaan yang sempit disebabkan oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawanya cuba mengelak sebuah kereta mewah dihadapannya lalu hilang kawalan dan terjatuh ke bawah lori yang berada di belakang mereka.
terbakor.comHafiz Sempat Menyelamatkan Dirinya Dengan Merangkak Keluar Dari Bawah Lori Tersebut. Namun, Malang Bagi Isterinya Apabila Maut Digilis Oleh Salah Satu Tayar Lori Berkenaan.
Hafiz bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.
kosmo.com.myKatanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.
kosmo.com.myDalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.
blogspot.comMelihat Keadaan Isterinya Yang Sangat Menyedihkan, Hafiz Tabahkan Hatinya Dan Bertindak Mengutip Cebisan Organ Dalaman Isterinya Seperti Jantung, Hati Dan Paru-Paru Yang Berselerak Di Atas Jalan
Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.
blogspot.comSi suami kemudiannya turut sama mengumpul cebisan mayat isterinya bersama anggota trafik yang tiba.
mynewshub.my“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.
kosmo.com.myLebih Menyayat Hati, Hafiz Turut Bertungkus-Lumus Membersihkan Darah Isterinya Di Atas Jalan Raya Tersebut Sehingga Tidak Meninggalkan Kesan
Dia juga berhempas pulas membersihkan darah yang memenuhi jalan raya, sesuatu yang pasti tidak mampu dilakukan kecuali bagi mereka yang berhati cekal dan tabah.
mynewshub.myPaling Menyedihkan, Pasangan Suami Isteri Ini Telah Beberapa Tahun Mendirikan Rumah Tangga Dan Hanya Dikurniakan Seorang Anak Lelaki Yang Baru Sahaja Berusia 6 Bulan
Mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.
kosmo.com.mySalam Takziah Diucapkan Kepada Saudara Hafiz. Semoga Hafiz Tabah Menghadapi Ujian Dari Tuhan. Sesungguhnya, Setiap Kejadian Itu Pasti Ada Hikmahnya.