Mia Sara Hipokrit Terhadap Puteri Balqis? Perlukah Kanak-Kanak Dijadikan Bahan Gosip?
Mia Sara dikatakan sombong dan tidak mahu menegur langsung Puteri Balqis dalam satu produksi dimana mereka berdua bekerjasama.
Pada 28 November 2014, Portal Hiburan Rotikaya Melaporkan Sebuah Artikel Tentang Mia Sara Bersikap Hipokrit Terhadap Puteri Balqis
Cerita Ini Dikatakan Mula Diterbitkan Oleh Sebuah Akhbar Mingguan Menerusi Ruangan 'Pojok' Pada 23 November 2014
Gosip ini dikatakan timbul apabila Cik Pang menceritakan yang temannya pernah melihat bagaimana Mia melayani Puteri Balqis yang memenangi Anugerah Skrin 2014 sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi.
Waktu itu, Balqis hanya pelakon tambahan. Mia dikatakan langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain. Malahan, ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis tetapi ditolak dengan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.
Kemudian, Mia bersikap hipokrit apabila membuat kenyataan kononnya mengagumi kejayaan Balqis yang menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 pada 7 November lalu.
mstar.com.mySebelum Itu, Siapa Sebenarnya Mia Sara Dan Puteri Balqis Ini?
Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih terkenal dengan nama Mia Sara dalam industri hiburan merupakan seorang pelakon cilik berbakat besar. Dilahirkan pada 30 September 2005, Mia Sara yang kini berusia 9 tahun telah banyak menjayakan drama tv, telefilem, iklan komersial malah turut terlibat dalam beberapa filem seperti 'Papa I Love You' dan 'Sekali Lagi'.
Aqish atau nama penuhnya Puteri Balqis Azizi dilahirkan pada 12 April 2007 dan kini berusia 7 tahun. Lakonannya yang memukau dalam drama 'Balqis' telah melayakkan dirinya untuk memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu.
Kemenangan itu sekali gus menjadikannya pelakon termuda yang pernah memenangi anugerah berkenaan.
Berhubung Dengan Gosip Tersebut, Bapa Mia Sara, Muhammad Ridhuan Berasa Terkejut Dengan Segelintir Pihak Yang Sanggup Bercakap Buruk Mengenai Mia Yang Baru Berusia Sembilan Tahun
"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip. Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti," ujar Ridhuan.
mstar.com.myRidhuan Menjelaskan Dia Sememangnya Mendidik Mia Untuk Tidak Terlalu Banyak Bercakap Ketika Menjalani Penggambaran Kerana Risau Tingkah Laku Anaknya Itu Mengundang Rasa Kurang Senang Pihak Lain
Malah, bagi memudahkan perjalanan penggambaran, dia turut menyediakan semua kelengkapan termasuklah set barangan solek, beg dan baju sendiri selain ada orang menjaganya sepanjang berada di lokasi penggambaran.
"Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah."
"Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap. Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya," katanya lagi.
Persoalannya, Perlukah Kanak-Kanak Yang Belum Menjengah Usia Remaja Dijadikan Bahan Gosip Media Hiburan Tempatan?
Hasil Tinjauan SAYS Pada Ruangan Komen Rotikaya, Ramai Netizen Tidak Berpuas Hati Dengan Artikel Yang Dikeluarkan
Masing-Masing Menganggap Mia Sara Dan Puteri Balqis Masih Terlalu Muda Malah Mungkin Tidak Memahami Apakah Maksud "Hipokrit" Itu Sebenarnya
Tampil Juga Seorang Netizen Yang Mendakwa Dirinya Sebagai Guru Kepada Mia Sara. Menurutnya, Kelakuan Sebenar Mia Sara Adalah Sangat Bertentangan Sepertimana Yang Dilaporkan Oleh Media.
SAYS Juga Berpeluang Untuk Mendapatkan Pandangan Daripada Pengurus Besar Bahagian Kandungan Melayu REVAsia, Hafriz Zulpakar Berkenaan Isu Ini
Hafriz berpendapat bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi. Menurutnya, ia sesuatu yang amat menjengkelkan apabila melihat segelintir portal hiburan tempatan cuba melaga-lagakan emosi kanak-kanak yang masih berada di bawah umur.
"Apakah tujuan mereka sebenarnya? Adakah semata-mata mengejar 'KPI' atau untuk melariskan artikel mereka?" soal Hafriz.
Beliau turut berkata wartawan hiburan tempatan sepatutnya perlu ada sifat keiububapaan dalam diri mereka. Ini kerana Mia Sara dan Puteri Balqis masih lagi baru di dalam industri hiburan malah masih bersekolah rendah.
"Selain itu, para wartawan perlu rasa lebih bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai murni selain memberi bimbingan kepada kanak-kanak. Bukan untuk menghentam dan menjadikan mereka bahan gosip," kata Hafriz.