'Mission Impossible' Terlaksana, 13 Kanak-Kanak Dan Jurulatih Berjaya Diselamatkan
Misi mustahil bertukar kepada misi tercapai.
Setelah lebih dua minggu, kesemua 13 kanak-kanak termasuk jurulatih pasukan bola yang terkandas di dalam gua di Thailand telah berjaya diselamatkan
Beberapa hari lalu, segalanya tampak mustahil. Dua belas kanak-kanak dan seorang jurulatih terperangkap di dalam gua yang banjir teruk, bekalan oksigen semakin berkurang, dan hujan lebat pula bakal menimpa.
Menjelang hari Selasa 10 Julai, seluruh dunia bersorak gembira apabila misi menyelamat kesemua 13 mangsa telah berjaya dilaksanakan. Ia adalah satu usaha berani, sukar, dan luar biasa untuk digambarkan.
"Dunia tidak akan melupakan misi menyelamat ini," tulis satu kenyataan di Facebook Thai NavySEAL
"Kami tidak pasti sama ada ini adalah satu keajaiban, sains, atau perkara lain. Kesemua tiga belas orang kini telah keluar dari gua.
"Operasi menyelamat telah selesai malam tadi. Kami amat menghargai bantuan hebat dari semua pasukan - penyelam dari seluruh dunia, pasukan perubatan, beberapa bekas anggota SEAL, pasukan sokongan, Kruba Boonchum dan pasukan rohani lain, pasukan tukang masak yang hebat, pasukan pengisian oksigen, pasukan pengurusan air, pasukan tenaga elektrik, pasukan pendakian gunung, penduduk Mae Sai, dan semua orang dari setiap pelosok dunia.
"Hari ini, semangat kemanusiaan sedang bekerja. Dunia tidak akan melupakan misi menyelamat ini," tulis Thai NavySEAL.
Kesemua mereka dikuarantin daripada ibu bapa mereka bagi mengelakkan risiko jangkitan dan mungkin dijaga di hospital selama seminggu untuk menjalani ujian
Sumber mendedahkan bahawa lapan orang pertama yang diselamatkan menderita demam, batuk ringan, dan kadar jantung rendah. Sekurang-kurangnya dua orang mungkin mengalami jangkitan paru-paru yang dikenali sebagai "penyakit gua."
"Mereka sangat lapar dan ingin makan pelbagai jenis makanan, tetapi pada tahap ini kami memberi makanan yang mudah hadam," kata Dr Jesada Chokedamrongsuk, sambil menambah, "Mereka meminta roti dengan coklat, yang kami fikir tidak membawa bahaya."
Jurulatih, Ekapol Chantawong, 25, adalah yang paling lemah ketika ditemui, kerana dia dilaporkan menolak untuk memakan sebarang makanan dan memberikannya kepada kanak-kanak tersebut.
Netizen dari seluruh dunia menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur melalui media sosial.
Tidak lupa juga pemain bola sepak ternama seperti Robert Lewandowski, Paul Pogba, Frank Lampard, dan David Beckham yang turut mengucapkan tahniah.
Winners, heroes. Once again real humanity won. I'm proud of everyone who supported this team winning the most important match! #ThaiCaveRescue
— Robert Lewandowski (@lewy_official) July 10, 2018
This victory goes to the heroes of the day, well done boys, you are so strong #thaicaverescue #chiangrai pic.twitter.com/05wysCSuVy
— Paul Pogba (@paulpogba) July 10, 2018
A message from Frank Lampard. #ThaiCaveRescue pic.twitter.com/MI3JhwswhS
— Derby County (@dcfcofficial) July 10, 2018
Para tentera, sukarelawan, pasukan penyelamat, dan semua yang terlibat telah berikan segalanya dalam misi ini. Huge respect!
There were the volunteers who helped cleaning muddy bathrooms, the ones who helped giving free massages to the rescuers, the ones who decided to stay after the rescue is over to pump water out of the flooded farm fields. These people haven't been mentioned enough#ThaiCaveRescue pic.twitter.com/pGsKtJv4Ef
— Pat //พักหนีม่า (@OverallPope) July 10, 2018
Respect#ThaiCaveRescue pic.twitter.com/o1ScEhTAwe
— ZAYON (@zayon_124) July 10, 2018
The unsung heroes. Faith in humanity. Thank you! #ThaiCaveRescue pic.twitter.com/18VXUR0Mma
— Sinag Tala (@madaldalnautak) July 10, 2018
Faith in humanity restored. :)