seismik

'Mujur Sempat Kunci Pintu' - Budak Tadika Nyaris Diculik Oleh Lelaki Tak Dikenali

Penjenayah gagal dan berjaya diberkas.

Cover image via SAYS

Dua hari lepas, tersebar satu berita gempar mengenai cubaan menculik kanak-kanak yang berlaku di sebuah tadika di Kulai, Johor

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tadika Butterfly, Taman Muhibbah, Saleng, di mana seorang lelaki yang tidak dikenali telah memanjat masuk ke kawasan tadika.

Melihat kelibat lelaki tersebut, seorang cikgu segera bertindak mengunci pintu grill tadika. Percubaan lelaki itu untuk menculik kanak-kanak gagal dan akhirnya beliau berjaya diberkas oleh pihak polis.

Seorang pengguna Facebook, Hisham Zulkefli memuat naik dua gambar suspek tersebut pada 5 September lalu. Post berkenaan telah mendapat lebih daripada 8,000 share!

Individu pertama yang dipercayai menyebarkan kejadian ini melalui Whatsapp dikenali sebagai Cikgu Hsbol. Beliau menyeru kepada semua agar mengambil langkah berjaga-jaga di masa akan datang.

Mintak kawan2 yg ada anak yg sekolah tadika dsbg ambil langkah berhati.tadi ada satu kejadian berlaku di tadika anak aku di tadika butterfly tmn muhibbah,saleng.seorang x di kenali telah panjat n masuk kawasan tadika.selamat lah cikgu dia dpt kunci pintu grill.gegel oòoo,anak aku sekolah situ.penjenayah dpt di tangkap...
#OTRJohorCrew

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bahana gangguan mental:

You may be interested in: