Nahas Waja Dan Lori Ragut Nyawa Empat Rakan Niaga
Malang menimpa 4 rakan niaga apabila maut ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang atas urusan perniagaan.
Empat Rakan Niaga Maut Selepas Kereta Waja Dipandu Mereka Merempuh Lori Pasir Di Kilometer 29.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) Pada 13 Ogos 2014
Hasrat empat sekawan untuk ke Pulau Pinang atas urusan perniagaan berkecai apabila kesemua mereka terbunuh selepas kereta Proton Waja dinaiki merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 29.5 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
kosmo.com.myMereka ialah N Murugan, 41, S Kalaiselvan, 41, N Gopi, 32 dan Mazuan Malik, 42, yang sedang menuju ke Pulau Pinang dari Seremban atas urusan perniagaan minyak tar.
bernama.comKejadian Berlaku Kira-Kira Jam 6 Pagi Apabila Kereta Yang Dipandu Mangsa Dipercayai Hilang Kawalan Sebelum Merempuh Lori Pasir Berkenaan Yang Sedang Berhenti Di Lorong Kecemasan Akibat Tayar Pecah
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata kemalangan berlaku kira-kira 6 pagi apabila kereta Proton Waja yang dipandu Gopi dikatakan hilang kawalan lalu terbabas hingga merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pecah.
bharian.com.my"The 33-year-old truck driver said he had to stop the vehicle because of a punctured tyre," he added.
asiaone.comJarak antara kereta itu berpusing dengan lori terbabit ialah kira-kira 10 meter.
kosmo.com.myPasukan Penyelamat Kemudian Tiba Ke Tempat Kejadian Dan Berjaya Mengeluarkan Kesemua Mangsa Yang Tersepit Dalam Masa 20 Minit
Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta selepas memecahkan cermin dan memotong pintu dan bumbung kenderaan yang remuk teruk.
kosmo.com.myKesemua Mangsa Maut Akibat Kecederaan Parah Di Kepala. Mayat Mereka Dihantar Ke Hospital Putrajaya Untuk Bedah Siasat.
“Keempat-empat sahabat itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu,” kata Mohd Yusoff.
kosmo.com.myMayat mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
sinarharian.com.my