seismik

Najib Dan Rosmah Guna RM1 Juta Dana 1MDB Untuk Beli Produk Anti-Penuaan?

Semua orang pun nak nampak muda.

Cover image via AP

Dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini, Sarawak Report mendakwa Najib dan Rosmah menggunakan dana dari anak syarikat 1MDB untuk membeli produk anti-penuaan dari USA

Image via Sarawak Report

Memetik dokumen bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan 1MDB, laman web itu mendakwa Najib dan isterinya telah menyalahgunakan lebih RM1.154 juta dana dari SRC International - anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - untuk membeli produk anti-penuaan berasaskan hormon dari Amerika Syarikat.

Menurut laporan, sebuah cek bernilai RM1.154 juta telah dihantar kepada Datuk Sidiq Bin Mohammed pada 4 Februari 2015 untuk pembelian DUA set ubat bernilai USD159,000 (RM577,000) setiap satu

Image via Sarawak Report

Apabila ditanya, Datuk Sidiq berkata cek tersebut dihantar bagi tujuan “pembelian 2 set ubat jenis Plantserum External Apllication Food based GH-9 Honey Softgel dan Food GH-9 Honey Soft Gel pada harga USD159,000 setiap satu set untuk kegunaan B1 dan isteri”

Kejap, siapakah "B1 dan isteri"? Sarawak Report percaya bahawa ia merujuk kepada Najib dan Rosmah selepas merujuk kepada kerja-kerja pembinaan di alamat yang diketahui milik mereka.

Salah satunya, laman web itu memaparkan sekeping cek bernilai RM100,000 diberikan kepada ABS Trend Master Sdn. Bhd. melalui akaun AmIslamic Bank pada 16 Februari 2016.

Image via Sarawak Report

Berdasarkan salinan fotokopi yang dipaparkan, bayaran itu bertujuan untuk “Kerja-kerja pembinaan satu unit pondok polis (dengan bilik mandi dan cabinet), satu tempat pembuangan sampah konkirt dan satu bilik serbaguna (dengan bilik mandi dan cabinet) di rumah B1 No 11 Jalan Langgak Duta Taman Duta KL”

Datuk Sidiq pula dikenalpasti sebagai Naib Presiden Society for the Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine Malaysia (SAHAMM)

Image via www.sahamm.org

SAHAMM yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh "sekumpulan doktor yang mempunyai semangat ke arah kesihatan dan perubatan penuaan" merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk "menggalakkan kemajuan dalam perubatan anti-penuaan dan perubatan pencegahan".

Berbalik semula kepada ubat bernilai RM577,000, agak-agak supplement apa yang mahal sangat tu?

Ia dipercayai merupakan hormon GH-9 atau nama sebenarnya 'Growth Factor 9', satu produk anti-penuaan yang dikatakan sangat popular dikalangan golongan kaya dan elit.

Image via Sarawak Report

Dihasilkan oleh Novex Biotech, 'Growth Factor-9' biasanya digunakan sebagai pemangkin kepada rembesan HGH (Human Growth Hormone) dalam badan dengan matlamat utama untuk meningkatkan prestasi fizikal. Pada masa yang sama, ia juga menjadi pencetus kepada hormon anti-penuaan.

Satu botol (120 kapsul) 'Growth Factor 9' berharga US99.99. Bermakna, nilai USD159,000 adalah bersamaan kira-kira 1,590 botol.

Penyiasat 1MDB juga menemui satu lagi supplement dengan nama yang hampir sama iaitu Madu GH-9 berasaskan tumbuhan 100% yang turut mempunyai manfaat anti-penuaan

Image via HIWTC

Menurut pada bahagian penerangan produk, Madu GH-9 adalah "makanan tambahan bagi merangsang badan manusia untuk mengekalkan kemudaan, tenaga dan daya hidup".

Ia juga dikatakan mempunyai keupayaan untuk memberikan pengguna peningkatan tenaga, otot yang lebih baik, meningkatkan fungsi dan prestasi seksual, dan memperbaiki penghadaman dan penglihatan.

Laporan penuh di sini.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi tentang 1MDB di bawah:

You may be interested in: