seismik

Nak Dapatkan Diskaun 20% Hutang PTPTN? Bayar Guna Akaun 2 KWSP Dan Ikut ‘Step By Step’ Ini

Peminjam PTPTN masih boleh menikmati diskaun sebanyak 20% atau 10% sehingga 31 Disember ini.

Cover image via Google

Umum sudah sedia maklum bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) WAJIB melakukan pembayaran balik dan tiada lagi tangguhan akan dikenakan

Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng semasa pembentangan Bajet 2019 pada 2 November yang lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, YB Teo Nie Ching.

Image via RoketKini

Di samping itu, Timbalan Menteri Pelajaran, YB Teo Nie Ching telah mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang memperoleh pendapatan melebihi RM2,000 akan dikenakan potongan mandatori dari gaji mereka.

Menurut Teo, "Untuk memastikan kita tidak membebankan belia, kerajaan telah memutuskan untuk memulakan potongan gaji mandatori sebanyak 2% atau RM40 sekiranya gaji peminjam mencapai RM2,000."

Bukan itu sahaja, pemotongan gaji ini juga akan meningkat mengikut kenaikan gaji setiap peminjam.

Image via Harian Metro

Namun begitu, pembayaran balik akan dikecualikan bagi peminjam dalam kumpulan pendapatan pertengahan dan rendah iaitu M40 dan B40 yang mendapat kepujian kelas pertama.

Pengecualian ini akan dikenakan kepada kedua-dua pelajar di institusi pengajian tinggi awam serta swasta.

Walau bagaimanapun, peminjam PTPTN masih boleh menikmati diskaun sebanyak 20% atau 10% sehingga 31 Disember ini

Image via PTPTN

Peminjam PTPTN layak mendapat potongan sebanyak 20% diskaun bagi Penyelesaian Penuh Pinjaman atau 10% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Selain itu, pembayaran balik boleh dilakukan melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tunai mahupun online asalkan ianya dibuat selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Oleh yang demikian, peminjam PTPTN disarankan membersihkan segala hutang dengan kadar potongan sebanyak 20% atau 10% sebelum tamatnya peluang yang tidak akan ada lagi pada tahun hadapan.

Bagi peminjam yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk melangsaikan hutang PTPTN boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik melalui Akaun 2 KWSP

Image via Sinar Harian

Pencarum KWSP boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan tanpa mengira tarikh kuat kuasa perjanjian pinjaman pendidikan masing-masing.

Namun begitu, untuk menggunakan Akaun 2 KWSP, peminjam perlu mempunyai i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jika masih belum ada, peminjam hanya perlu ke mana-mana pejabat KWSP untuk mendaftar.

Hanya cap jari dan kad pengenalan diperlukan untuk membuat pengesahan daripada pihak KWSP dahulu, kemudian barulah boleh melayari laman web KWSP untuk pengaktifan. TAC yang diterima semasa di kaunter valid dalam masa 30 hari sahaja.

Seorang pengguna Twitter telah mengajar step-by-step cara untuk menyelesaikan hutang PTPTN menggunakan Akaun 2 menerusi aplikasi KWSP dalam telefon bimbit

Baca perkongsian penuh di bawah:

Selesai!

Jom pakat ramai-ramai bayar PTPTN jom!

Sementara diskaun masih ada...

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di SAYS:

You may be interested in: