seismik

"Ni Elien" - Mak Buat Kejutan, Anak Terkejut Tengok Kek Elsa Hodoh Ini Buat Ramai Terhibur

Elsa versi darkweb ni.

Cover image via @fitropfitrop (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budak kecil terutamanya yang perempuan sudah pasti sangat minat dengan cerita Frozen

Iyalah, ada watak Elsa dan Anna yang cantik dan comel. Budak kecil memang akan terpukau dan teruja, kalau boleh semua barang nak ada gambar cerita Frozen. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang mak membuat kejutan kek Elsa kepada anaknya yang minat dengan cerita itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tempah kek bentuk Elsa untuk sambut hari kelahiran anak, sekali lain pula jadinya

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menyambut hari kelahiran anaknya yang minat kepada Elsa. 

Kek yang ditempah maknya itu berbentuk Elsa, namun Elsa itu tidak secantik seperti yang dipaparkan dalam cerita. Elsa itu kelihatan hodoh dan buruk.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja si kecil itu membuka mata, dia dilihat terkejut dan tidak percaya yang keknya itu Elsa. Namun, dia dilihat hanya senyum sambil membeliakkan matanya.

"Berusaha full senyum walaupun hati terkejut bukan main" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7M tontonan, 949K tanda suka dan 20K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi si kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terus speechless dia, tapi pandai dia jaga hati mak ayah tetap senyum tak merengek :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: