'Ini Kos Kerja Kami' - Nora Danish Minta Artis Tak Kena Cukai Untuk Tampil Menarik
"Ini adalah sebahagian daripada kerja." - Nora Danish
Kalau minggu lalu kita dikhabarkan dengan berita mengenai Rozita Che Wan disekat ke luar negara kerana tidak melunaskan cukai tertunggak, kali ini giliran Nora Danish pula menyuarakan pendapat agar penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai untuk tampil menarik
Pelakon cantik ini meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempertimbangkan saranannya itu kerana penggiat seni perlu berbelanja besar untuk kekal cantik yang boleh dimasukkan sebagai kos kerja.
“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita,” kata Nora, merujuk kepada keperluan membayar cukai pendapatan.
“Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami," katanya lagi.
Nora yang juga mempunyai perniagaan fesyen itu berkata beliau akui beliau tiada tunggakan cukai dan membayarnya pada waktu yang ditetapkan, dan berkata jumlah yang dibayarnya bukan sesuatu “yang terlalu mengejutkan”
“Kalau boleh, pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak,” tegas Nora.
Apabila ditanya mengenai hubungan cintanya bersama Nedim, anak Datuk Seri Nazri Aziz, Nora menafikan dakwaan mereka telah berkahwin di luar negara
“Ia langsung tidak benar sama sekali. Bagi saya perkahwinan adalah perkara baik.
“Jadi, saya tidak lihat kenapa perlu untuk disorokkan berita itu andainya benar saya sudah jadi isteri orang semula,” katanya.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!