'Pelajar Harapan', Norsuwana Safawa, Calon SPM Kedua Yang Meninggal Dalam Masa Dua Hari
'Pelajar harapan' Norsuwana Safawa dari Teregganu merupakan calon SPM kedua yang meninggal dunia. Adakah pelajar-pelajar SPM terlalu stres sehingga mengabaikan kesihatan?
Calon SPM Dari Terengganu, Norsuwana Safawa, Ialah Calon SPM Kedua Yang Meninggal Dalam Tempoh Dua Hari
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kira-kira 5.12 pagi ini.
bharian.com.mySeorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
kosmo.com.myNorsuwana Meninggal Dunia Pada 5.12am, 7 November, Selepas Kompilkasi Buah Pinggang Dan Asma
Besut district education officer Ab Halim Hassan said Norsuwana was diagnosed with kidney problems a few years ago and had since been undergoing treatment.
thesundaily.myJenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
bharian.com.myPelajar 17 Tahun Itu Dikatakan Seorang Pelajar Harapan Sekolahnya
Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab. Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.
kosmo.com.myNorsuwana Sepatutnya Menduduki Tiga Kertas Untuk SPM Hari Ini
Katanya, pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.
bharian.com.myCERITA BERKAITAN: NurSyazwani Arifin, Meninggal Dunia 30 Minit Selepas Menjawab Soalan SPM Pada Hari Pertama: