seismik

OPPO Reno5 & Reno5 Pro Kini Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga Serendah RM1,899

Didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W.

Cover image via MyGameOn

OPPO telah mengumumkan model terbaru dalam siri telefon pintar Reno mereka iaitu OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro

Jualan pertama untuk kedua-dua model ini telah pun bermula pada 27 Januari lepas.

OPPO Reno5 akan dijual pada harga RM1,899. Ia hadir bersama pemproses Qualcomm Snapdragon 765G 5G SoC dan RAM 8GB. Model ini mempunyai skrin 90Hz 2.5D dan storan dalaman sebanyak 128GB.

Image via MyGameOn

Manakala, OPPO Reno5 Pro pula akan dijual pada harga RM2,599. Ia hadir bersama pemproses MediaTek Dimensity 1000+ 7nm dan RAM 12GB. Model ini mempunyai skrin berlengkung 90Hz dan storan dalaman sebanyak 256GB.

Image via MyGameOn

Kedua-dua model di atas mempunyai teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W, sama seperti telefon pintar OPPO Reno4 Pro

Satu lagi ciri sama yang dikongsi oleh kedua-dua model OPPO Reno5 ialah pemasangan empat kamera belakang. Tetapan kamera adalah 64MP+8MP+2MP+2MP. Untuk kamera hadapan pula, kedua-duanya menggunakan satu kamera 32MP.

Seperti yang dinyatakan di atas, OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro telah pun dijual bermula pada 27 Januari lepas. 

Anda boleh dapatkannya di mana-mana kedai jenama OPPO, kedai e-dagang rasmi OPPO, kedai peniaga Rasmi OPPO, serta rakan e-dagang, rakan kongsi Telco dan kedai rakan rangkaian.

Image via MyGameOn

Penulis: Burhanudin Zamri

Artikel di atas dipetik daripada portal MyGameOn dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik MyGameOn hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: