seismik

Selain Fungsi Active Noise Cancelling, Ini Antara Ciri Lain 'Galaxy Buds Pro Samsung' Ada

Samsung baru sahaja melancarkan koleksi fon telinga nirwayar premium yang terbaru iaitu Galaxy Buds Pro.

Cover image via Samsung

Samsung baru sahaja melancarkan koleksi fon telinga nirwayar premium yang terbaru iaitu Galaxy Buds Pro

Image via Samsung

Antara ciri-ciri baru yang hadir bersama dengan Galaxy Buds Pro ini ialah pembatalan hingar aktif (active noise cancelling) yang tentunya dipadankan dengan kualiti mikrofon dan audio yang premium, sesuai dengan nama yang diberikan.

Image via Samsung

Fon telinga nirwayar ini turut dilengkapi dengan woofer bersaiz 11 milimeter untuk kualiti bass yang enak, serta tweeter bersaiz 6.5 milimeter.

Selain itu, teknologi pembatalan hingar aktif Samsung membolehkan ianya mampu menapis sehingga 99% bunyi latar.

Bagi pengguna yang ingin bersatu dengan alam sekitarnya, ciri Ambient Sound dari Samsung memberikan kepuasan mendengar bunyi sekitar sehingga 20 kali ganda.

Image via Samsung

Galaxy Buds Pro juga datang dengan 3 mikrofon serta VPU (Voice Pickup Unit) pada setiap satu fon telinga untuk kejelasan suara yang terbaik

Salah satu daripada tiga mikrofon ini berfungsi untuk menapis bunyi latar, sesuai dengan penarafan tinggi SNR (Signal to Noise Ratio) yang diberikan.

Reka bentuk Galaxy Buds Pro yang leper serta teknologi Wind Shield yang terbina di dalamnya secara langsung mengurangkan rintangan angin bagi pengguna yang aktif bersukan sambil mendengar lagu.

Image via Samsung

Galaxy Buds Pro ini dilengkapi dengan ciri Auto Switch, yang membolehkan pengguna telefon atau tablet Samsung untuk menukar sumber audio dari dua peranti ini dengan sepantas kilat

Misalnya, anda boleh mendengar lagu di tablet Samsung dan menjawab panggilan telefon menggunakan telefon Samsung anda dalam masa yang sama tanpa perlu menukar apa apa tetapan.

Untuk rujukan, fon telinga nirwayar ini menjanjikan penggunaan sehingga 18 jam dengan ciri pembatalan hingar aktif, diaktifkan. Apabila ANC dipadamkan, Galaxy Buds Pro mampu bertahan sehingga 28 jam.

Galaxy Buds Pro dari Samsung ini juga datang dengan tiga warna menarik : Phantom Black, Phantom Silver dan Phantom Violet. 

Pengguna boleh mendapatkan produk ini bermula 15 Januari dengan harga sebanyak RM799.

Image via Samsung

Untuk maklumat mengenai Galaxy Buds Pro ini atau ingin membuat pre-order adalah dari 15 hingga 28 Januari 2021, anda boleh saja klik di sini!

Penulis: Muhammad Zulikhmal Zulkarnine

Artikel di atas dipetik daripada portal MyGameOn dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: