Bermula Dengan Konten Pendidikan, Sir Asai Bakal Bawa Nama Malaysia Ke Asia – “Inspirasi Pendidik!”

Sama-sama kita doakan agar Sir Asai berjaya membawa pulang kejayaan di TikTok Awards Southeast Asia nanti!

Cover ImageCover image via @sir_asai (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru Bahasa Inggeris dari Kelantan mencipta kejutan apabila berjaya meraih pengiktirafan dalam bidang penciptaan kandungan pendidikan digital, sekali gus bakal membawa nama Malaysia ke peringkat Asia Tenggara

Figura yang dikenali sebagai Sir Asai atau nama sebenarnya, Cikgu Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar 2, Kelantan.

Beliau mula dikenali menerusi kreativiti menghasilkan kandungan pendidikan di media sosial yang bukan sahaja menarik, malah membantu menyampaikan ilmu dengan pendekatan lebih santai dan dekat dengan masyarakat.

Menurut laporan Sinar Bestari, usaha dan kreativiti beliau membuahkan hasil apabila berjaya memenangi kategori TikTok Education Creator of the Year.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Sir Asai mewakili Malaysia ke pentas TikTok Awards Southeast Asia yang dijadualkan berlangsung di Bali, Indonesia pada 27 November ini.

SAYS.com
Image via @sir_asai (Instagram)

Berita kejayaan tersebut turut mendapat perhatian warga pendidik yang membanjiri ruangan media sosial dengan ucapan tahniah dan sokongan buat beliau

Pengiktirafan berkenaan juga membuktikan bahawa dunia pendidikan boleh diterokai melalui pelbagai pendekatan kreatif, termasuk penggunaan platform digital bagi menarik minat masyarakat terhadap ilmu pengetahuan.

Untuk rekod, Sir Asai turut pernah menjadi salah seorang daripada lima Finalis Teratas Malaysia Teacher Prize 2023.

Kejayaan terbaharu itu diharap menjadi pembakar semangat buat beliau untuk terus menghasilkan kandungan pendidikan berkualiti, selain mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

SAYS.com
Image via @sir_asai (Instagram)Image via @sir_asai (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS