Nancy Shukri Dedah Hanya Selangor Dan Kedah Sahaja Tetap Had Minimum Umur Kahwin 18 Tahun

Difahamkan, pelan penyelarasan had umur minimum perkahwinan diteruskan secara berperingkat.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Gempak

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendedahkan hanya Selangor dan Kedah yang meminta umur minimum perkahwinan bagi umat Islam kepada 18 tahun

Menurut laporan daripada Harian Metro, Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan had usia perkahwinan di negeri lain termasuk Melaka bagaimanapun tertakluk kepada pindaan mengikut pertimbangan dan proses perundangan negeri berkenaan.

"Pindaan ini turut tertakluk kepada hal ehwal undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

"Usaha menetapkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun perlu diteruskan secara berperingkat dengan kerjasama semua kerajaan negeri,"
katanya.

Penjelasan ini dibuat untuk menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai pelan tindakan kementerian bersama kerajaan negeri untuk menyelaras had umur minimum perkahwinan.

SAYS.com

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Image via Free Malaysia Today

Pelan penyelarasan had umur minimum perkahwinan diteruskan secara berperingkat

Pelan pelarasan had umur minimum perkahwinan ini memerlukan kerjasama semua kerajaan negeri.

Menurut Nancy, jumlah perkahwinan melibatkan pasangan berusia 18 tahun ke bawah telah meningkat kepada 1,361 kes pada tahun 2024 berbanding 933 kes pada tahun sebelumnya.

Statistik ini merangkumi perkahwinan secara sivil, syariah dan adat berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam negeri serta Majlis Adat Istiadat Sarawak.

SAYS.com
Image via Utusan

"Pada 2024 kenaikannya tinggi. Ini mengikut dapatan kajian, dikatakan di Sarawak kerana dapatan menunjukkan Sarawak mempunyai data teratur. Jadi kita dapat melihat kenaikan berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Nancy mengatakan dua kajian mengenai keberkesanan pelaksanaan pelan strategik kebangsaan serta faktor risiko dan strategi pencegahan perkahwinan bawah umur dijangka selesai pada awal 2027.

Kedua-dua kajian itu akan digunakan untuk mengenal pasti jurang pelaksanaan dan menentukan tindakan susulan yang lebih berfokus dan berasaskan bukti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS