Ganjaran Atlet Dinaikkan Selepas 24 Tahun, Emas Berpasukan Kini Raih RM40,000 Setiap Orang

Inisiatif itu juga diharap dapat menjadi motivasi kepada atlet pelapis dan junior untuk berusaha mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.

Cover ImageCover image via Kosmo! & Astro Awani

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ganjaran bagi atlet negara yang berjaya meraih pingat dalam acara berpasukan kini dinaikkan kepada RM40,000 seorang bagi pemenang pingat emas menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

SAYS.com
Image via Harian Metro

Peningkatan itu menyaksikan ganjaran emas melonjak daripada RM15,000 kepada RM40,000 seorang, sekali gus mencatatkan kenaikan sebanyak 166.67 peratus.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, semakan tersebut dibuat selepas 24 tahun kadar ganjaran bagi acara berpasukan tidak mengalami perubahan sejak 2002.

Selain emas, ganjaran bagi pemenang pingat perak turut dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM20,000 seorang, manakala pingat gangsa meningkat daripada RM4,000 kepada RM10,000 seorang.

Menurutnya, kadar baharu itu berkuat kuasa mulai tahun ini dan turut diberikan kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat dalam temasya sukan 2026.

Seramai 66 atlet daripada 10 pasukan melibatkan enam jenis sukan bakal menerima manfaat menerusi penambahbaikan berkenaan

SAYS.com
Image via Kosmo!Image via

Antara sukan terlibat ialah sepak takraw, skuasy, hoki, berbasikal trek, karate dan e-sukan.

Dalam pada itu, peningkatan ganjaran berkenaan membabitkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM1.152 juta termasuk insentif kepada jurulatih menerusi Skim Galakan Jurulatih (SGAR).

Jumlah ganjaran bagi tiga temasya sukan 2026 turut meningkat daripada RM4.26 juta kepada RM5.41 juta, manakala keseluruhan peruntukan SHAKAM tahun ini mencecah RM6.69 juta.

Mohammed Taufiq berkata, penambahbaikan itu bukan bertujuan memanjakan atlet, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk mereka terus memberikan prestasi terbaik demi negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS