Fazley Yaakob Lamar Datuk Seri Vida Bersama Hadiah Cincin Tiara Khas & Persembahan 1,200 Dron
Difahamkan, lamaran terbuka untuk mengumumkan status hubungan mereka kepada orang ramai.
Cover image via @datoserivida (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan besar dengan melamar usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV)
Harian Metro melaporkan lamaran ini dibuat ketika Konsert Live 11.11 Mega Shock di Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur.
Ketika lamaran ini, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 56, telah terharu menerima lamaran berkenaan sambil mengucapkan terima kasih.
"Jawapan saya yes, yes dan yes (ya), terima kasih sayang. Adakah ini permulaan kepada semua benda besar termasuk doa untuk berbahagia dengan pasangan.
"Ini semua pembuka pintu kepada kebahagiaan itu," kata Vida.
Fazley, 48, turut memberikan sebentuk cincin bernilai RM7,000 ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara yang selalu menjadi ikon kegemaran buat Vida yang memakai mahkota.
Fazley sebelum itu telah menyampaikan dua buah lagu termasuk lagu Di Alam Fana Cinta yang menjadi lagu kegemaran Vida.

Menurut Fazley, lamaran yang dihadiri oleh anak-anak dari kedua-dua keluarga itu telah dirancang antara dua hingga tiga minggu lebih awal dan persiapan intensif dilakukan selama hampir 14 hari.
Pemilihan konsert TikTok sebagai platform lamaran ini atas dasar pengaruh besar Vida dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya di Malaysia dan Singapura.
"Pada saya, DSV ialah 'Queen of TikTok'. Jadi, sudah sepatutnya kita meraikan beliau dalam dunia yang selama ini banyak meraikan dan menyokongnya.
"Ramai pengikut mengenalinya melalui TikTok dan sentiasa mengikuti siaran langsungnya.
"Sebab itu saya mahu melamar beliau menerusi platform yang dekat dengan hati dan pengikutnya," katanya.

Semua persiapan menelan kos sebanyak RM500,000
Kejutan itu turut mendapat sokongan dan tajaan beberapa pihak dengan anggaran kos RM500,000 termasuk persembahan dron, produksi, persiapan acara dan keperluan yang lain.
"Cincin ini adalah simbolik lamaran saya kepada DSV. Ia bukan cincin pertunangan, tetapi tanda bahawa hubungan kami serius.
"Selama ini ramai bertanya sama ada hubungan kami benar-benar serius, atau sekadar kandungan media sosial atau sebenarnya sudah berkahwin.
"Jadi, saya mahu memberikan jawapan yang jelas kepada masyarakat," katanya.
Lamaran itu telah disiarkan secara langsung di TikTok dengan persembahan mega 1,200 dron dengan mesej 'Nak Duduk Ipoh ke KL?' untuk Vida.

Lamaran terbuka ini juga bertujuan untuk mengumumkan status hubungan mereka di mana kedua-dua mereka adalah figura awam. Fazley juga telah mendapatkan restu ibu Vida sebagai tanda menghormati keluarga wanita itu.
Fazley dan Vida mula mendapat perhatian selepas mereka berdua dikaitkan melalui program realiti Talk To My Manager musim kedua pada Mei lepas.

Kejutan ini juga menjawab persoalan dan pelbagai spekulasi bahawa kemesraan mereka berdua yang mengatakan ia hanyalah gimik dan strategi pemasaran di media sosial sahaja.
Untuk rekod, Fazley pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrenen Soraya Abdul Aziz dan berpisah setelah 18 tahun bersama. Manakala, Dato Seri Vida pula telah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali di mana perkahwinan ketiganya dengan Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada tahun 2017 setelah tiga tahun bersama.
Video penuh di sini:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


