Kereta Terjunam Sungai, Lelaki Jepun Berjaya Selamatkan Diri Dengan Guna Teknik Detektif Conan
Tuah menonton episod Detektif Conan untuk menyelamatkan nyawa sendiri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki di Jepun telah mendakwa dia terselamat daripada kemalangan mengerikan selepas teringat teknik daripada anime Detektif Conan
Babak dari anime Detektif Conan yang menunjukkan cara melarikan diri daripada kenderaan yang sedang tenggelam menjadi penyelamat nyawanya.
Pemandu tersebut yang menggunakan akaun X @nozinozi053 telah berkongsi pada 8 November lepas keretanya telah terjunam ke dalam sungai akibat perlanggaran dengan sebuah kereta lain.
Menurutnya, pemandu sebuah lagi kenderaan sedang mengundur dan secara tiba-tiba bergerak ke arahnya ketika dia cuba memotong lalu mengakibatkan perlanggaran.

Keretanya menjunam ke dalam sungai bersebelahan dan mulai tenggelam, dia pada mulanya menyangka dia akan mati.
Tetapi, satu babak daripada Detektif Conan tiba-tiba terlintas di fikirannya.
"Untuk 20 saat pertama atau lebih, saya fikir saya akan mati,
"Tetapi babak ini tiba-tiba terlintas di fikiran saya dan saya berjaya melepas diri hidup-hidup,
"Saya sangat terhutang budi kepada pencipta Conan," katanya di X.
Episod 1078 Detektif Conan membantunya keluar dari kereta tenggelam
Babak itu berasal daripada episod 1078 bertajuk "The Black Organisation's Scheme (Landing)" yang telah disiarkan pada 1 April 2023.
Dalam episod itu, seorang ejen FBI Andre Camel telah memandu keretanya ke dalam laut ketika dikejar oleh Organisasi Hitam (Black Organisation). Camel kini terperangkap di dalam air, dan mendapati pintu keretanya tidak dapat dibuka akibat tekanan air dari luar.

Babak Camel panik apabila keretanya yang sedang tenggelam di dalam air.
Image via @bakugekidayo15 (X)Conan kemudian mengarahkan Camel untuk bernafas menggunakan poket udara di bahagian bumbung kereta sehingga kenderaan itu dipenuhi air yang mencukupi supaya tekanan di dalam dan di luar menjadi seimbang. Perkara ini sekaligus membolehkan Camel untuk membuka pintu bagi menyelamatkan diri.

Camel berjaya keluar daripada keretanya.
Image via @bakugedidayo15 (X)Lelaki itu mengatakan dia teringat babak ini semasa berada di bawah air dan terus mencari pemegang pintu.
"Ketika di dalam air, saya sedar bahagian sebelah kanan saya adalah pintu kereta dan menolak sekuat mungkin sambil memegang pemegang pintu,
"Ia agak berat, tetapi dapat dibuka dengan mudah," katanya lagi.
Menurut pemuda itu, dia langsung tidak dapat melihat individu yang melanggarnya yang berkemungkinan meninggalkan tempat kejadian. Dia hanya ditolong oleh seorang penduduk yang tinggal berhampiran untuk memanjat tebing sungai. Pemuda itu telah kehilangan kereta dan jaketnya yang dihanyutkan air.
Peringatan jika kereta terjunam ke dalam air
Walaupun teknik yang dipaparkan dalam Detektif Conan berjaya digunakan, ia bukanlah pilihan utama yang disyorkan untuk melepaskan diri daripada kenderaan yang tenggelam.
Anda hanya mempunyai peluang 30 hingga 60 saat sahaja untuk keluar dari kereta yang tenggelam.

Kejadian kemalangan kereta yang menjunam ke dalam sungai tahun 2024 di Simpang Empat, Kangar.
Image via KosmoApa yang perlu anda buat adalah buka tali pinggang keledar, turunkan tingkap dan keluar dari kenderaan melalui tingkap secepat mungkin.
Jika anda menunggu untuk kereta tenggelam sepenuhnya, anda mungkin sudah terlewat dan terlambat untuk menyelamatkan diri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via