Tular Video Budak 12 Tahun Jatuh Ketika Kejar Kereta, Bapa Mengaku Mahu Beri Pengajaran

Difahamkan, bapa mangsa kini telah ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut dari pihak polis.

Cover ImageCover image via @dayamzah (Threads)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular apabila seorang kanak-kanak lelaki dirakam ditinggalkan ibu bapanya berhampiran Plaza Tol Nilai

Video itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan cuba untuk mengejar kereta yang dinaiki ibu bapanya dan cuba berpaut pada pintu belakang kenderaan tetapi terjauh ke atas jalan dan dikatakan mengalami luka di beberapa anggota badan.

Menurut kenyataan dari pemilik rakaman dashcam itu, waris kanak-kanak itu dikatakan berpatah balik dengan berjalan kaki untuk mendapatkan kanak-kanak berkenaan memandangkan lokasi kejadian jauh dari kawasan pusingan U.

SAYS.com
Image via @dayamzah (Threads)

Menurut laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya, mengatakan lelaki itu mengaku mengenai penglibatannya dalam kejadian itu.

Susulan selepas kejadian, polis telah menahan bapa kepada kanak-kanak itu.

Suspek adalah seorang lelaki warga China berusia 45 tahun dan ditahan di kediaman di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah hari semalam. Kereta yang dinaiki iaitu Perodua Axia berwarna putih turut disita.

SAYS.com
Image via @dayamzah (Threads)

Niat pada mulanya hanya untuk memberi pengajaran

Difahamkan, suspek bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Cheras ke Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk tujuan riadah.

"Ketika perjalanan, mangsa yang juga anak sulungnya berusia 12 tahun bertengkar dengan anak keduanya sehingga menyebabkan dia berasa marah sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan dan mengarahkan mangsa keluar serta memarahinya di lokasi itu," katanya

Lelaki itu bergerak meninggalkan mangsa di tepi jalan dan meneruskan pemanduan atas alasan mahu memberikan pengajaran buat anaknya supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

SAYS.com
Image via @dayamzah (Threads)

Setelah melihat mangsa terjatuh di atas jalan raya, mereka telah mengambil semula anaknya dan dibawa ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Nilai untuk rawatan.

Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki terdapat unsur pengabaian atau perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS