Najib Razak Kini Dibenar Jalani Baki Tempoh Hukuman Penjara Melalui Tahanan Di Rumah Serta-Merta
Difahamkan, Najib kini telah berada di kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini telah berada di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur
Dilaporkan oleh Harian Metro, beliau telah sampai di rumahnya pada jam 9.27 malam bagi menjalani baki hukuman penjara.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah dihantar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan diiringi beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kehadiran beliau dihadiri oleh ramai puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang menunggu ketibaan beliau seawal 9 pagi lagi.
Terdapat beberapa kenderaan pasukan PDRM dan Jabatan Penjara di sekitar kediaman Najib bagi kawalam keselamatan.
Najib telah dibawa keluar dari Penjara Kajang pada jam 9 malam melalui pintu berbeza dari lokasi petugas media berada.

Sebelum ini media melaporkan Najib telah meninggalkan mahkamah tinggi petang semalam
Pembayaran denda sebanyak RM50 juta telah dibuat dan syarat lain juga telah ditetapkan.
Jumaat lepas beliau telah dibenarkan menjalani tahanan rumah mengikut syarat pengampunan bersyarat di Langgak Duta selepas UMNO membayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tetapi, pelaksanaan itu telah ditangguhkan selepas AGC mengumumkan mahu membuat penelitian dan penjelasan lanjut mengenai tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat dan kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan selepas pembayaran denda dibuat.
Pada 2022, sebagai rekod Najib telah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


