seismik

Kini Anda Boleh Segera Laporkan Ke KKM Jika Positif Covid-19 Melalui MySejahtera

Tak perlu risau lagi jika tidak dipanggil KKM.

Cover image via KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Facebook) & Public Health Malaysia (Facebook)

MySejahtera merupakan aplikasi khas yang dicipta sejak 20 April 2020 bagi membantu kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19

Aplikasi ini wajib diguna oleh semua rakyat Malaysia jika ingin kemana-mana supaya dapat mengesan dengan awal jika suhu badan melebihi had yang ditetapkan atau mempunyai sebarang simptom.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah baik MySejahtera dengan mengemaskini aplikasi tersebut bermula 15 Januari 2021.

Lihat info lanjut daripada KKM di bawah:

Aplikasi MySejahtera telah dilancarkan YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan bersama YB Khairy Jamaluddin,...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, January 15, 2021

Dengan aplikasi MySejahtera, anda boleh terus laporkan kes terus kepada KKM

Menurut Public Health Malaysia, jika verifikasi berjaya, MySejahtera akan terus mendaftarkan anda sebagai pesakit Covid-19 dan KKM akan segera mengenalpasti anda dalam masa yang terdekat.

Selain itu, MySejahtera juga akan memberi peringatan setiap hari kepada anda untuk melakukan penilaian pemantauan gejala Covid-19.

Jika anda didapati bergejala, maklumat itu akan terus disalurkan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC). Kemudian, anda akan dihubungi petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

Untuk melaporkan sendiri kes kepada KKM, anda perlu ke halaman utama HelpDesk MySejahtera dan ikuti arahan lanjut pada ruangan G.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: