seismik

Ini Senarai 'Pakej Bantuan PERMAI' Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

RM15 bilion diperuntukkan untuk perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia.

Cover image via Berita RTM (Facebook)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion membantu rakyat dan ekonomi yang terjejas

Menerusi pengumuman perutusan khas sebentar tadi, beliau menjelaskan matlamat bantuan itu dilaksanakan adalah untuk memerangi wabak Covid-19; memelihara kebajikan rakyat; dan menyokong kelangsungan perniagaan.

PERMAI juga menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepat pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

Berikut di bawah adalah antara inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang bakal anda dapat:

1. Lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

2. Pemberian sekaligus RM500 kepada petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar suku tahun pertama 2021

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

3. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

4. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021

Gambar sekadar hiasan.

Image via CSC Blog

5. Program Subsidi Upah 3.0: Semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor

Gambar sekadar hiasan.

Image via Haria Metro
  • Majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000.
  • Had 200 pekerja bagi setiap permohonan ditingkat kepada 500 pekerja, dianggar memanfaatkan 250 ribu majikan

6. Bantuan one-off RM500 kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Dateline

7. Diskaun khas bil elektrik 10% bagi Jan hingga Mac 2021 kepada 6 sektor perniagaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

  • Diskaun khas bil elektrik 10% bagi Jan hingga Mac 2021 kepada 6 sektor perniagaan.
  • Ia meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan & agensi pelancongan.
  • Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar 2 sen setiap kWh, bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021.

8. PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT Malaysia

9. Pemberian percuma data 1GB kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

Gambar sekadar hiasan.

Image via Zener Official

10. Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Semoga dengan pengumuman Pakej Bantuan PERMAI ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia semua. Stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: