Senarai Bantuan Awal Kerajaan Bagi Januari 2021 Untuk B40, M40, Pelajar IPT & Warga Emas
Cepat semak kelayakan anda dan mohon sekarang.
Umum sedia maklum, pelbagai inisiatif dan bantuan telah diumumkan oleh kerajaan pada Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada tahun lepas di Dewan Rakyat
Dengan inisiatif dan bantuan yang bakal disalurkan khususnya kepada rakyat Malaysia terjejas ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Lebih-lebih ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Proklamasi Darurat yang diumumkan baru-baru ini, pastinya ianya memberi kesan terutamanya kepada golongan yang memerlukan.
Oleh itu, berikut di bawah adalah senarai bantuan awal daripada kerajaan bagi Januari 2021 untuk golongan B40, M40, pelajar IPT dan warga emas yang turut dikongsikan semula oleh seorang pengguna di Twitter, Liyana Rahman (@LinkitMy) :
1. Cara permohonan dan semakan status telefon pintar percuma untuk golongan B40
Untuk bantuan telefon pintar percuma ini, pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berminat serta layak digalakkan untuk membuat permohonan.
Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara permohonan telefon pintar percuma termasuk semakan status dan syarat kelayakan:
Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda (pelajar) adalah dari keluarga B40 :
1. Anda perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada ibu bapa terlebih dahulu dan kumpulkan maklumat seperti berikut :
- Nombor MyKid atau MyKad Murid
- Nombor MyKad ibu bapa
Status yang menunjukkan anda dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan ibu bapa.
3. Kemudian, sila klik pada butang 'Semak'
4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.
Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.
Anda juga akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa juga akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.
Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran seterusnya dengan memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:
- 1 salinan MyKad atau MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad Ibu bapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
Antara syarat kelayakan permohonan telefon pintar percuma adalah seperti berikut:
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.
2. Cara permohonan bantuan kredit e-wallet RM100 untuk para pelajar
Pada mulanya ketika pembentangan Belanjawan 2021 diumumkan, sebanyak RM50 sahaja diberikan secara one-off kepada para pelajar yang berumur 18 hingga 20 tahun ini.
Walau bagaimanapun, ia mendapat pelbagai respons terutama daripada golongan pelajar. Oleh itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menaikkan kepada jumlah RM100.
Inisiatif itu akan turut diberikan kepada 1.1 juta mahasiswa termasuk mereka yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Berikut di bawah adalah cara permohonan untuk tuntutan e-Belia berjumlah RM100 ini:
- Tiada permohonan bersurat atau perlu pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
- Anda akan menerima bantuan ini sekiranya anda memuat turun atau download salah satu aplikasi e-wallet seperti Grab, Boost atau TnG eWallet.
- Selepas itu, anda perlulah mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
- Mengisi segala butiran yang diperlukan.
- Sekiranya anda layak, bantuan ini boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan sahaja.
Disclaimer: Cara permohonan dan tarikh dikreditkan SAYS Seismik akan maklumkan dari semasa ke semasa.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk anda dan keluarga dalam membuat permohonan bantuan. Stay safe!