seismik

PKP 2.0: Muat Turun 'Borang Permit Pergerakan' Untuk Anda Rentas Negeri Dari PDRM Di Sini

Dapatkan kebenaran daripada pihak polis dahulu sebelum melakukan pergerakan.

Cover image via Arkib NSTP

Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19

Oleh itu, bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP atau klik di sini.


2. Borang Permit Pergerakan PKPB atau klik di sini.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

  1. Memuat turun Borang Permit PKP atau Borang Permit PKPB (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;
  2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;
  3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: