seismik

PKP 2.0: Dibenarkan 'Rentas Negeri' & Pulang Kediaman Masing-Masing Sebelum Jumaat Ini

Kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres.

Cover image via Kosmo! & Bernama

Kerajaan memberi tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung halaman, supaya pulang segera ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat ini

Menurut laporan, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan selepas berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres namun, perjalanan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini.

Berharap tiada lagi isu rakyat yang terperangkap di kampung selama dua minggu ketika tempoh PKP 2.0 dilaksana

Jelas beliau lagi, kelonggaran hanya akan diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu.

Pihaknya difahamkan, ada antaranya melawat keluarga yang sakit di hospital dan akan pulang dua hari lagi, iaitu Khamis (hari ini) misalnya.

"Maka saya sudah bincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri).

"Jadi jangan bimbang kalau mereka terperangkap di kampung seperti dulu, masa PKP dulu sehingga kita terpaksa buat program khas untuk benarkan yang terperangkap balik, cuma, yang mana ada di kampung dan belum pulang saya harap pulang segera paling lewat pun Jumaat ini," ujarnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: