seismik

Ini Perkara 'SOP PKP 2.0' Anda Perlu Tahu Serta Aktiviti Yang Dilarang & Dibenarkan

Pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan bagi seluruh negara.

Cover image via The Rakyat Post & Harian Metro

Umum sedia maklum, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 18 Februari 2021

Image via Berita RTM

Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:

  • PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
  • PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
  • PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Berikut di bawah adalah senarai terkini SOP dan garis panduan untuk perkara anda boleh lakukan dan dilarang buat dalam tempoh PKP:

1. Aktiviti sosial libatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam tidak dibenarkan.
2. Pergerakan rentas negeri seluruh negara tidak dibenarkan, manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian
3. Hanya 30 peratus pekerja kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.

Sektor pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi dibenarkan beroperasi.

MITI, KKR akan perincikan jenis perkhidmatan penting dan kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi.
4. Pasar raya, klinik, hospital, farmasi dan bank di kawasan PKP dibenarkan beroperasi namun pada tahap berjaga-jaga.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mstar
5. Arahan bekerja dari rumah atau work from home dikuatkuasakan bagi sektor yang tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan penting.
6. Hanya perkhidmatan 'take-away' dibenarkan di kedai makan dan penjaja di kawasan PKP.

Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.
7. Kedai makan dan penjaja di kawasan PKPB, PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

8.Maksimum lima orang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan di kawasan PKP.

9. Calon SPM sesi 2020 dan 2021 di kawasan PKP dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP ketat.
10. Dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja. Pastikan jarak daripada orang lain adalah dua (2) meter setiap masa.

Kalau hendak berjogging, jangan lebih daripada dua (2) orang dan berbasikal tidak dibenarkan secara berkumpulan, cukup hanya seorang sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Borneo

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: