seismik

[TERKINI] Kerajaan Isytihar Laksana PKP Di Enam Buah Negeri Mulai 13 Januari Ini

PKP itu akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 13 Januari 2021.

Cover image via The Rakyat Post

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebentar tadi

Menurut beliau, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:

  • PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
  • PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
  • PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Pergerakan rentas negeri dan daerah juga tidak dibenarkan bagi seluruh negara

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

71 kes kematian tinggi dicatatkan negara akibat Covid-19, walaupun baru 10 hari memasuki tahun baru

Image via Malay Mail

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, jumlah kes kematian kurang daripada 100 kes.

Setakat semalam, jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini adalah 135,992 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan 27,332 kes.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: