seismik

SAVE 2.0: Ini Cara Untuk Anda Tebus e-Rebat RM200 Jika Beli Aircond & Peti Sejuk Di Shopee

Sejumlah RM30 juta disediakan untuk program ini yang dijangka memanfaatkan 140 ribu isi rumah.

Cover image via Shopee & MYNewsHub

Umum sedia maklum, melalui pembentangan belanjawan 2021 program SAVE 2.0 telah diperkenalkan bagi memanfaatkan isi rumah di mana mereka boleh menebus e-Rebat dengan pembelian barangan elektrik tertentu

Menerusi program berkenaan, sebanyak RM200 akan diberikan kepada rakyat Malaysia bila mereka beli kelengkapan rumah yang cekap tenaga.

Program ini dilaksanakan oleh pihak Agensi Sustainbale Energy Development Authority Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST) dan berkolaborasi bersama platform e-commerce Shopee.

Inisiatif kerajaan dalam pemuliharaan alam sekitar ini adalah untuk melestarikan teknologi hijau yang cekap tenaga dan mesra alam.

Image via SAVE 2.0

Antara syarat-syarat kelayakan untuk menerima e-Rebat Save 2.0

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilik akaun berdaftar di syarikat utility elektrik TNB, SESB, dan SEB.
  • Rebat hanya boleh dipakai untuk beli penyamaan udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada 2021
  • 1 akaun bil, 1 e-Rebat dan first come, first serve basis

Perlu diingatkan yang program ini menerima peruntukkan sebanyak RM30 juta daripada kerajaan untuk diedarkan e-Rebat sebanyak RM200.

Mengikut kiraan, jumlah RM30 juta boleh keluarkan 150 ribu e-Rebat tetapi menurut kerajaan, hanya 140 ribu e-Rebat sahaja akan diperuntukkan.

Ini cara untuk anda menebus e-Rebat SAVE 2.0 daripada Shopee

Image via Shopee

Mudah saja, anda boleh saja buat permohonan untuk dapatkan e-Rebat SAVE 2.0 ini melalui aplikasi Shopee sama ada di iOS ataupun Android.

Jika anda ingin aksesnya melalui laman web di Shopee sekalipun, ia akan tetap menyuruh anda untuk scan QR kod seperti berikut:

Image via Shopee
Image via Shopee

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Nombor bil elektrik
  • Nombor MyKad pemegang akaun
  • Nama penuh pemegang akaun
  • Hubungan antara pemilik akaun Shopee dengan pemegang akaun utiliti

Ini pula cara untuk anda semak senarai 'aircond' dan peti sejuk yang layak

Salah satu syarat untuk tebus e-Rebat SAVE 2.0 ini adalah anda perlulah beli 'aircond' ataupun peti sejuk yang menerima penarafan sekurang-kurangnya 4 bintang oleh ST.

Bagi menyemak model yang mempunyai penawaran berkenaan, anda boleh pergi ke laman rasmi ST atau klik sahaja di sini.

Layari laman web rasmi di Shopee untuk maklumat lanjut mengenai program SAVE 2.0 ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: