seismik

[VIDEO] Selamba Redah 'Banjir' Ketika Arus Deras, Motosikal Dinaiki Dua Lelaki Ini Hanyut

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah jalan raya di Jengka, Pahang.

Cover image via @_emint_ (Twitter)

Umum sedia maklum, hampir setiap tahun di tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan pastinya dinaiki banjir ekoran fenomena air pasang setiap kali musim tengkujuh

Bagi mereka yang sudah lali dengan musim tengkujuh ini, pastinya persiapan awal telah dibuat bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku.

Namun begitu, lain pula ceritanya dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini di mana tularnya sebuah video dua lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang mereka hanyut dibawa arus.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jalan raya berdekatan sempadan Jengka 15 dan Jengka 16 di Pahang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter, @emint kelihatan mereka cuba meredah jalan yang ditenggelami air meskipun arusnya deras.

Tonton video penuh itu di bawah:


Motosikal yang dinaiki mereka telah ditolak oleh arus yang deras sehingga ia dihanyutkan ke dalam sungai

Kedua-duanya cuba menarik motosikal terbabit daripada dihanyutkan arus, namun mereka terpaksa melepaskannya kerana arus sangat deras.

Malah, kelihatan salah seorang daripada mangsa juga nyaris terjatuh ketika mengharungi banjir berkenaan.

Akibat kedegilan mereka cuba untuk meredah arus deras itu, akhirnya mereka ditimpa masalah dan mengalami kerugian gara-gara motor yang telah dihanyutkan.

Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut sudah pun meraih lebih 228K tontonan, 8.3K ulang kicau dan 8.1K tanda suka

Malah, tinjauan di ruangan reply juga, rata-rata netizen turut memberikan komen mereka mengenai kejadian yang menimpa dua lelaki tersebut.

Ada yang menyatakan mereka tidak seharusnya meredah banjir itu kerana perbuatan itu boleh menyebabkan situasi berbahaya sekiranya jika mereka sendiri yang dihanyutkan.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen:

Semoga motosikal yang dihanyutkan oleh arus deras ketika banjir ini dijumpai semula oleh pemiliknya. Stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: