seismik

"Kita Mesti Memutuskan & Membendung Kes Penularan Dalam Negara Segera!" - Dr Noor Hisham

Malaysia catat 3,027 kes positif Covid-19 hari ini.

Cover image via Majlis Keselamatan Negara (Facebook) & Malaysia Kini

Kes jangkitan baru Covid-19 di negara hari ini mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,027 kes dan lapan kematian baharu direkodkan

Menerusi laporan harian yang dimuat naik di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 128,465 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 25,221 kes.

KKM turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,145 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 102,723 kes.

"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,021 kes," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, terdapat pertambahan lapan kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus.

"Sehingga kini, terdapat 142 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya.

Masih tidak berjaya menurunkan kebolehjangkitan yang masih pada R-naught 1.1 kepada 0.5

Image via The Star

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sekatan pergerakan diperlukan untuk mengawal, mengurangkan jumlah kes daripada 2,000 kepada 200 sebelum kita boleh menguruskan keseluruhan situasi dengan lebih baik.

Perbincangan sedang berjalan, KKM akan memberi nasihat tapi ‘kebijaksanaan’ kerajaan untuk membuat keputusan.

Walaupun tindakan yang diambil sejak 14 Oktober 2020 berjaya mengelakkan lonjakan kes secara mendadak, ia masih tidak berjaya menurunkan kebolehjangkitan yang masih pada R-naught 1.1 kepada 0.5.

"Kita mesti kurangkan kebolehjangkitan Ro/Rt kepada kurang daripada satu ke 0.5. untuk memutuskan dan membendung kes penularan dalam negara," ujarnya.

Berikut di bawah adalah jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia

Mengikut unjuran dengan nilai R 1.1, kes harian Covid-19 kini mencecah 3,000 kes sehari pada minggu keda bulan Februari ini.

Jika mengikut unjuran nilai R 1.2 pula, kes harian mencecah 3,000 sehari akan lebih awal berlaku iaitu pada minggu keempat Januari ini atau 5,000 kes sehari pada minggu ketiga Februari atau 8,000 kes sehari pada minggu ketiga bulan Mac. 

Tidak mustahil 8,000 kes positif Covid-19 dalam masa sehari akan dicapai pada hujung bulan Mac 2021 jika kadar kebolehjangkitan Ro/Rt kekal 1.2 di Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: