seismik

"UFO Was Here" - Kelibat Cahaya Misteri Muncul Di Langit KLCC Ini Cetus Perdebatan Netizen

"That’s reflection from the twin tower spotlight sir" - Netizen

Cover image via @HarithIskander (Twitter)

Belum lagi reda kisah bencana banjir, wabak Covid-19 dan arena politik yang berlaku ketika ini di negara kita, wujud pula satu 'cahaya misteri' didakwa muncul di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur

Kemunculan cahaya misteri itu kelihatan 'samar-samar' di sebalik awan yang melitupi cahaya berkenaan dalam rakaman sebuah video yang tular.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pelawak tanah air, Harith Iskander baru-baru ini laman Twitternya, dia membuat ciapan soalan berserta rakaman video mengenai cahaya yang dilihat sendiri olehnya di langit itu.

Berikut di bawah adalah ciapan penuhnya di Twitter:

Rakaman video berdurasi selama 26 saat itu mengundang perdebatan dalam kalangan netizen sehinggakan ada yang membuat spekulasi tentang 'mahkluk asing'

Malah, ada yang mengaitkannya dengan konspirasi penaklukan 'mahkluk asing' yang sering dilihat muncul di negara-negara Barat dan kini ianya tiba di Malaysia.

Walau bagaimanapun, beberapa pengguna di Twitter menepis dakwaan itu dan menjelaskan bahawa cahaya berkenaan sebenarnya adalah fenomena pantulan atmosfera.

Refleksi cahaya dari Menara Berkembar Petronas KLCC itu berlaku di atmosfera dan pergerakan awan yang berubah-ubah membuatkan cahaya tersebut dipantulkan pada kedudukan yang ganjil.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik dalam kalangan netizen mengenai rakaman video itu:

Jadi apa pendapat korang, kenapa 'cahaya misteri' ini tiba-tiba muncul?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: