seismik

Malaysia Airlines Tawar 'Tambang Murah' Serendah RM129 Mulai Hari Ini Sehingga 17 Januari

Tempat duduk yang ditawarkan itu untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.

Cover image via Economy Traveller & Malay Mail

Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Malaysia Airlines menawarkan tambang murah untuk sehala bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik

Jualan tiket penerbangan itu akan bermula hari ini sehingga 17 Januari depan. Tempat duduk yang ditawarkan berkenaan pula adalah untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.

Menurut sumber, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, promosi berkenaan menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan mereka bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang juga cuti umum pertama bagi 2021.

"Pelanggan boleh menikmati tambang sehala serendah RM129 untuk penerbangan domestik di Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari Sarawak dan Sabah," katanya.

Tambang murah ini juga tersedia untuk semua tempat duduk bagi penerbangan terpilih

Penumpang berpeluang menikmati pengalaman perjalanan kelas ekonomi yang lebih baik apabila mereka memilih tambang MH Flex Economy.

Ianya memberikan penumpang fleksibiliti akses perubahan tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar masuk hingga 35kg dan pemilihan tempat duduk standard percuma serta perlindungan perjalanan asas.

MH Flex Economy ini juga menyediakan keistimewaan dengan membolehkan penumpang menaiki penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma dan faedah tambahan seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan bagasi dan pelepasan.

Potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai

Dalam pada itu, bagi mereka yang mencari pakej penerbangan dan hotel, cabang operasi pelancongan MHholidays, Malaysia Airlines kini menawarkan pakej 'Staycation' di seluruh negara dengan potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai.

Tempoh tempahan untuk tawaran 'Staycation' ini juga telah bermula sejak 1 Januari lepas dan akan berakhir 10 Januari depan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: