seismik

PKP 2.0: Pelajar Dibenarkan 'Berambut Panjang' Untuk Masuk Ke Sekolah

Guru disiplin tidak boleh kenakan tindakan kepada para pelajar yang berambut panjang.

Cover image via The Capital Post & USIM

Para pelajar yang berambut panjang kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan mereka masuk ke sekolah dengan imej berkenaan mulai 20 Januari ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via SAYS

Menurut laporan, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran tersebut diberikan selepas dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan hasil mesyuarat diadakan baru-baru ini.

"Ada yang persoal bagaimana calon SPM dan STPM mahu menduduki peperiksaan jika berambut panjang. Ini kerana, peraturan di sekolah, pelajar perlu berambut pendek dan kemas.

"Kementerian Pendidikan sudah pun membuat keputusan hasil daripada perbincangan kita dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Walaupun ada pelajar yang berambut panjang, mereka dibolehkan masuk macam biasa tanpa dikenakan tindakan oleh guru disiplin,” katanya.

Langkah khas itu dibuat susulan semua operasi kedai gunting rambut diarahkan ditutup ekoran pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari lepas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Mengenai operasi kedai gunting dan salon dandanan rambut, Ismail Sabri berkata, MKN belum bercadang untuk membenarkan premis berkenaan beroperasi sepanjang PKP dikuatkuasakan.

"Kali ini, kita tutup selama dua minggu dan selepas itu Kementerian Kesihatan akan kaji semula sama ada perlu dilonggarkan atau diperketatkan. Saya minta sektor gunting rambut bersabar," katanya.

Bagi kedai cermin mata, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah memberi kebenaran bagi premis berkenaan beroperasi.

"Jika penguat kuasa KPDNHEP mendapati mereka (kedai cermin mata) gagal mematuhi SOP ditetapkan, kedai ini juga akan ditutup," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: