ANAS Cosmetics Raih Jualan Cecah RM1.3 Juta & Rangkul Dua Anugerah Di TikTok Shop Malaysia
ANAS Cosmetics berjaya meraih anugerah Creator Icon All Star 11.11 – Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 – RM 1 Million Milestones.
Cover image via @anaszahrin (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama kosmetik tempatan terkemuka, ANAS Cosmetics, terus mencatat prestasi cemerlang dalam arena e-dagang apabila meraih jualan mencecah RM1.3 juta selain menggondol dua anugerah berprestij pada acara TikTok Shop Creator ICON ALLSTAR 11.11 Showdown semalam (10 November)
Dua pengiktirafan yang berjaya dirangkul jenama milik usahawan dan pempengaruh popular, Anas Zahrin itu merangkumi anugerah Creator Icon All Star 11.11 – Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 – RM 1 Million Milestones.
Pencapaian luar biasa itu diraih menerusi sesi siaran langsung (live streaming) tanpa henti selama 11 jam, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan jenama berkenaan yang telah bertapak kukuh dalam industri kecantikan tempatan selama hampir sedekad.
Acara saingan jualan langsung tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan barisan selebriti dan usahawan ternama tanah air, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida, Neelofa, Fattah Amin, Nur Fazura, Wawa Zainal, Amira Othman, Diana Danielle dan Datuk Seri Alha Alfa.

"Sesi jualan itu membabitkan lebih 13 juta unit membabitkan barangan saya seperti lipmatte, pembayang mata, pelembab bibir dan minyak wangi. Ia sekali gus menjadikan jenama milik saya kekal di tangga teratas.
"Sesi jualan itu membabitkan harga tak masuk akal dari serendah RM RM1.11 hingga harga kombo mega RM18.90 untuk lapan jenis barangan.
"Saya juga beruntung kerana sesi jualan langsung sepanjang 11 jam itu turut dibantu hos 'live' seperti Ashhry Atan, Fara Dina, Ann Zaira dan Yulia. Tak lupa pasukan kerja belakang tabir, ANAS Cosmetics .Terima kasih kerana turut serta memeriahkan acara ini," kata Anas.
Sebelum ini, media melaporkan jenama berkenaan disenaraikan masih kebal sebagai TikTok Shop di tangga nombor satu di Malaysia menewaskan jenama tempatan lain dengan jualan hampir 12 juta unit
Kejayaan itu seperti dilaporkan dalam platform dalam talian, Echotix Blog bertarikh 18 Julai lalu yang sering berkongsi data, berita, tips, strategi untuk platform TikTok dan penjanaan kewangan.
"Saya hanya mampu memanjat Syukur dengan setiap kejayaan diraih saban waktu. Moga kejayaan ini semua tidak pernah mengubah diri saya ke arah tidak baik.
"Malah harapan saya semoga kejayaan sebegini akan kekal mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak di bumi nyata. Besar harapan saya untuk melihat jenama bumiputera milik sendiri dan lain untuk terus bersaing secara positif dan mampu menandingi jenama antarabangsa," kata anak jati kelahiran Kota Tinggi, Johor itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


