Orang Ramai Terkejut Tak Boleh Taip 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah' Di Facebook
Sebab apa?
Pagi tadi, sedang kami sibuk scroll Facebook, kami tertarik dengan satu post yang dimuatnaik seorang rakan di laman tersebut. Bila melihat gambar tersebut kami pelik dan tertanya-tanya kenapa?
Seorang pengguna Facebook bernama Ryan Malik memberitahu beliau tidak dapat post sepotong ayat al-Quran di laman Facebok dan disebabkan itu beliau berasa sangat pelik.
Dalam gambar yang dimuatnaik beliau, tertera di situ "Failed to post" setiap kali beliau cuba untuk post potongan ayat tersebut.
Ayat tersebut ialah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" yang membawa maksud "Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT."
Nampaknya bukan beliau seorang saja mengalami masalah ini. Ternyata netizen lain turut mengadu hal yang sama.
Bagaimanapun Facebook memberitahu bahawa sistem keselamatannya mendapati ia adalah spam kerana ramai orang di luar sana cuba untuk post content yang sama.
Facebook juga memberitahu content tersebut juga dianggap abusive.
Adakah disebabkan isu di Aleppo, Syria menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk block kalimah tersebut?
Apa kata anda?
Sebelum anda mencuba menaip ayat tersebut, pastikan ejaan adalah betul seperti ini:
'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah'
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!