seismik

"Pak Cik Memang Bijak" - Lebih 10K Shares, Warga Emas Ini Guna Rubber Stamp Je Tulis Nama

Tak terfikir langsung sebelum ini.

Cover image via Google

Secara umumnya, kita semua tahu mengenai pandemik wabak Covid-19 yang berlaku sejak Disember 2019 di Wuhan, China telah mengakibatkan ramai terkorban. Virus ini juga telah merebak di seluruh dunia dan termasuklah di Malaysia.

Image via Berita Harian

Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang wabak ini termasuklah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 yang lalu dan ia juga sedikit sebanyak mengubah norma kehidupan kita.

Selain itu, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 ini.

Ini termasuklah di mana seseorang itu perlu untuk mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum masuk ke premis, kaedah lain adalah seperti menggunakan cara digital seperti QR code.

Namun begitu, lain pula ceritanya pula yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook semalam tular di media sosial

Wanita yang dikenali sebagai Masnita Bt Talib itu, berkongsikan cerita yang dibaca sebuah WhatsApp group dan terhibur denganya.

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh wanita tersebut:

Terhibur rasa baca ni !! dpt drp wasap grup

Sekarang ni, selain pakai topeng muka, tembak dahi dan social distancing, kita juga kena scan QR code atau pun tulis nama sebelum masuk mana2 premis.

Dua hari dah gua lepak di KPJ Seremban, cafeteria dia boleh tahan juga lah makanannya. Atau mungkin sebab gua malas nak keluar ke Palm Mall.

Tapi tiap kali ambil makanan dan bayar, akak cashier akan suruh customer tulis nama dan nombor telefon dalam buku log.

Rasa simpati dengan warga emas yang terpaksa tulis nama dekat buku, tapi rupa-rupanya pak cik itu lagi bijak

Tadi, waktu nak bayar dan tulis nama, gua beratur belakang seorang pakcik yang boleh tahan juga berusia gua rasa.

Gua terfikir payah juga kalau warga emas macam mak gua yang tak pakai smartphone untuk ke mana2 sebab tak boleh nak scan QR code. Mesti kena tulis nama kat buku, keluar cermin mata dulu dan tulis slow slow, tangan menggigil2....uhhhh.....

Gua bayangkan benda yang sama untuk pakcik depan gua.

Akak cashier bagitau “pakcik tolong tulis nama kat dalam buku yo”.

Sekali.... jeng jeng jengggg.... pakcik tu seluk poket seluar dan keluarkan satu benda. Cabut sarung.

Pappppp!

Ishak bin Mat Hassan, Batu Kikir, 019-XXXXXXX.

Fuhhh! Pakcik tu pakai *rubber stamp* gua cakap luuuu...... . Tak terfikir langsung gua......

Power *orang Batu Kikir jambatan bosi, berfikir luar kotak!!!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dan masa yang sama juga setuju dengan idea pak cik itu

Malah, ada yang tidak terfikir langsung pun mengenai 'rubber stamp' itu boleh digunakan untuk tulis nama dan juga mahu belikan buat ibu bapa masing-masing.

Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:

Bagus idea pak cik ini, selain kita boleh mengurangkan sentuhan daripada alat tulis yang dikongsi, ia juga menjimatkan masa dan memudahkan urusan harian kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: