seismik

"Pakatan Rakyat Mungkin Akan Berkubur Dan Hanya Tinggal Sejarah," Kata Lim Kit Siang

Konflik pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sukar untuk diselesaikan.

Cover image via anwaraidc.com

"Bolehkah PR Bertahan Dengan Krisis Keyakinan Ini? Atau Alternatif Yang Terlalu Dahsyat Adalah Untuk Melihat PR Akan Ditolak Ke Dalam Nota Kaki Sejarah Malaysia," Kata Veteran DAP, Lim Kit Siang

Image via mole.my

Veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan 10 Ogos 2014 bukan hari penentuan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan Pakatan Rakyat (PR).

themalaysianinsider.com

10 Ogos 2014 Merupakan Tarikh Penentuan Bagi Membincangkan Isu Siapa Yang Lebih Layak Untuk Meyandang Jawatan Menteri Besar Selangor

PAS menetapkan 10 Ogos untuk membincangkan isu menteri besar Selangor selepas PKR menyatakan secara rasmi mahu menukar Khalid kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

themalaysianinsider.com
Image via blogspot.com

Namun belum sampai tarikh itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudiannya disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid sebagai MB Selangor.

informasi.my

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura Ulama PAS juga mengambil pendirian sama iaitu menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehinggalah dibuktikan beliau bersalah oleh SPRM atau mahkamah.

themalaysianinsider.com

Krisis Bermula Pada Malam 21 Julai 2014 Apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Menamakan Isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Sebagai Calon Menteri Besar Selangor Yang Baru Untuk Menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

astroawani.com

Pengumuman itu dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu malam Isnin (21 Julai 2014). Katanya, Wan Azizah merupakan pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

astroawani.com

Menurut Anwar Ibrahim, PAS dan DAP Telah Menyatakan Persetujuan Bagi Melakukan Perubahan Kepimpinan Di Selangor Biarpun Nama Pengganti Tidak Pernah Dibincangkan Sebelum Ini

Image via mole.my

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini (23 Julai 2014). PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon belum diputuskan walaupun ada dibincangkan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini."

astroawani.com

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbiran yang baik dan tersusun," kata Anwar.

astroawani.com

Khalid Ibrahim Dikatakan Tidak Layak Memegang Jawatan Menteri Besar Selangor Kerana Tidak Menunaikan Janji Dan Manifesto Yang Dicadangkan Semasa Kempen Pilihan Raya Lalu

Sementara itu, pemimpin PKR dan DAP meluahkan rungutan secara terbuka ke atas pentadbiran Khalid, dan menimbulkan keraguan mengenai integriti beliau, yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai melobi secara kotor secara terbuka.

themalaysianinsider.com
Image via ytimg.com

Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, janji yang tidak ditunaikan oleh Khalid semasa kempen pilihan raya merupakan faktor utama Menteri besar itu tidak layak memegang portfolio tersebut.

rakyatnews.my

"Kita kena ingat bahawa Menteri Besar Selangor (Khalid) bila buat manifesto tapi dia tak tunai. Jadi saya rasa dia dah tak layak jadi menteri besar kita," kata Shahidan Kasim.

rakyatnews.my

Namun Begitu, PAS Mengeluarkan Kenyataan Dengan Memberitahu Mereka Tidak Pernah Bersetuju Dengan Cadangan Anwar Ibrahim Mencalonkan Wan Azizah Sebagai Calon Baru MB Selangor

Image via blogspot.com

“Kita tak pernah setuju. Kami tetap dengan pendirian supaya Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

bnbbc.my

Menurut Iskandar, PKR perlu menghormati keputusan PAS Selangor dan Pusat sebelum ini yang mahu Khalid dikekalkan. Iskandar yang juga Adun Cempaka dan anggota Exco menjelaskan, menggantikan Khalid dengan Wan Azizah adalah keputusan PKR.

bnbbc.my

Selain PAS Yang Tidak Bersetuju, PKR Juga Kelihatan Berpecah Kepada Dua Puak. Satu Puak Menyokong Wan Azizah Manakala Puak Lagi Satu Percaya Timbalan Presiden, Azmin Ali Adalah Calon Yang Paling Sesuai

Drama komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin rumit apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa supaya Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

mstar.com.my
Image via lipstiq.com

"Ramai pimpinan dari selangor berpendirian bahawa pimpinan tertinggi PKR harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi Adun dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai calon kedua Menteri Besar Selangor."

mstar.com.my

"Mohamed Azmin Ali juga mempunyai kelayakan yang wajar dipertimbangkan. Nama beliau bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah layak dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan," kata MPN Selangor.

mstar.com.my

Pertelingkahan Antara Tiga Pihak Bertambah Buruk Apabila Kontroversi "Screenshot" Perbincangan Dikalangan Para Pemimpin PAS Di Whatsapp Didapati Tersebar Di Laman Sosial

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki bercakap mengenai kemungkinan bekerjasama dengan musuh Umno untuk membentuk kerajaan majoriti mudah, sementara tetap mempertahankan Khalid sebagai menteri besar.

themalaysianinsider.com

Beliau berkata langkah itu membolehkan mereka "menjentik" DAP, gereja dan bukan Islam yang membantah serbuan dan perebutan ke atas penggunaan perkataan "Allah".

themalaysianinsider.com

Ekoran Insiden Berkenaan, PAS Dikritik Teruk Oleh Ramai Pihak Serta Dikatakan Telah Mencalarkan Lagi Imej Pakatan Rakyat Yang Sedang Bergolak Dalam Krisis Ini

Image via blogspot.com

Kepimpinan PAS dikritik hebat dalam media sosial selepas mesej WhatsApp mereka yang dibocor itu berbaur perkauman.

informasi.my

Ramai mengatakan PAS terbukti tidak boleh dipercayai apabila mesej yang merupakan perbincangan sulit antara pemimpin kanan parti itu dalam kumpulan WhatsApp PAS Pusat boleh tersebar.

informasi.my

Dalam Pada Itu, Walaupun Abdul Khalid Didesak Melepaskan Jawatan Menteri Besar Selangor, Beliau Tetap Berdegil Mahu Mempertahan Kedudukannya Sehingga Penggalnya Berakhir Pada Tahun 2018

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan dia akan terus menjadi Menteri Besar sehingga penggalnya berakhir pada 2018.

malaysia-chronicle.com

Beliau juga menyatakan pendirian tidak akan sesekali tunduk kepada desakan daripada mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukannya meletak jawatan dalam kadar segera.

utusan.com.my

Beliau Telah Berjanji Kepada Rakyat Negeri Selangor Untuk Terus Memimpin Mereka Sebagai Menteri Besar Termasuk Melaksanakan Usaha Untuk Membantu Rakyat

Image via selangorku.com

"Saya fikir saya akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga akhir penggal (pentadbiran) ini. Saya telah berjanji kepada rakyat Selangor."

malaysia-chronicle.com

"Apabila saya mengangkat sumpah (sebagai Menteri Besar), saya ambil tanggungjawab. Saya akan menguruskan Selangor untuk pilihan raya umum yang seterusnya," tegas Abdul Khalid.

utusan.com.my

Krisis Menteri Besar Selangor Ini Disifatkan Sebagai Yang Paling Buruk Pernah Dihadapi Pakatan Rakyat Sejak Penubuhan Parti Itu Pada Tahun 2008, Menurut Lim Kit Siang

Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, PR menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008.

informasi.my

Jadi, Adakah Anda Merasakan Pakatan Rakyat Akan Kekal Sebagi Sebuah Parti Selepas Ini?

Sebelum Ini Juga, Lim Kit Siang Pernah Meramalkan Kemusnahan Pakatan Rakyat Jika Hukum Hudud Dilaksanakan

You may be interested in: