Palestin & Syria Lakar Sejarah Mara Ke 'Pusingan Kalah Mati' Piala Asia Buat Kali Pertama
Tahniah buat kedua-dua pasukan yang layak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di sebalik kesukaran dihadapi akibat peperangan di Gaza, Palestin mencipta sejarah apabila layak ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 buat kali pertama, selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, Qatar malam tadi
Menurut laporan, walaupun ia merupakan kemenangan pertama mereka dalam sejarah pusingan akhir Piala Asia, namun ia sudah cukup untuk Palestin mendapatkan tempat ke peringkat 16 terakhir, selepas muncul satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.
Turut mengiringi Palestin ke pusingan kalah mati adalah pasukan dari Syria yang juga buat kali pertama berjaya ke peringkat kalah mati dengan menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B.
Gol kemenangan hadir pada minit ke-75, melakar pencapaian bersejarah bagi skuad Qasioun Eagles itu apabila enyerang Omar Khrbin turun daripada bangku simpanan untuk muncul wira Syria selepas menewaskan India 1-0 di Stadium Al Bayt.
Kedua-dua pasukan yang mara berasal dari negara sedang berperang dan bergolak tapi mampu ke pusingan kalah mati
Palestin mempamerkan permainan agresif sejurus bermulanya babak pertama dan Dabbagh hampir membolosi gawang lawan pada minit keempat, selepas menerima umpanan Mus'ab Al Battat namun percubaannya berjaya ditepis keluar pertahanan Hong Kong, Oliver Gerbig.
Hong Kong cuba membalas serangan menerusi percubaan Yue Tze Nam dan dan Everton Camargo namun Palestin meneruskan penguasaan sebelum tandukan Dabbagh yang menyempurnakan hantaran lintang Al Battat singgah ke dalam gawang lawan sekali gus meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-12.
Palestin meneruskan tekanan terhadap pasukan lawan dan akhirnya berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-48 menerusi Qunbar yang menanduk kemas hantaran lintang Al Battat, sebelum Dabbagh menjaringkan gol keduanya, yang juga gol kemenangan Palestin pada minit ke-85.
Pada penghujung perlawanan, Hong Kong dihadiahkan sepakan penalti selepas pemeriksaan sistem video bantuan pengadil (VAR) namun Everton gagal menyempurnakannya dengan baik sekali gus memberi peluang Palestin mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas tiga kali percubaan.
Sementara itu, pasukan Syria yang dikendalikan oleh Hector Cuper menamatkan saingan Kumpulan B dengan empat mata dan layak ke pusingan 16 terakhir sebagai salah satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik.
Omar Khribin muncul wira Syria apabila golnya pada minit ke-75 ternyata menjadi gol kemenangan.
India kendalian Igor Stimac pulang dari Qatar dengan tiga kekalahan dan tidak menjaringkan sebarang gol.
"Kami amat gembira dengan kemaraan ini, amat bangga dengan pemain saya, mereka melakukan pengorbanan besar untuk meraih keputusan ini.
"Kami turun beraksi perlawanan ini dengan hanya satu perkara dalam fikiran kami – untuk menang dan kami berjaya melakukannya.
"Kami tidak mahu berhenti di sini," kata Cuper, jurulatih berasal dari Argentina.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!