seismik

Tilmiz Luqman, Peserta Termuda Pertama Raih 'Anugerah Alunan Terindah' Akademi Qurra’ 2024

Peserta berusia 18 tahun itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.

Cover image via TVAlhijrah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perjalanan Tilmiz Luqman dalam Akademi Qurra’ 2024 bermula 'langkah kanan' apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang meraih Anugerah Alunan Terindah' pada minggu pertama pertandingan tersebut yang bersiaran secara langsung di TV AlHijrah baru-baru ini

Anugerah Alunan Terindah berkenaan diberikan kepada peserta termuda yang berusia 18 tahun itu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.

Pemuda yang berasal dari Pasir Gudang, Johor itu membawakan Surah Ar Ra'ad, ayat 31 dengan alunan tarannum Nahawand telah memukau para juri, penonton di studio dan juga di rumah.

Tilmiz Luqman membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.

Image via TVAlhijrah (Facebook)

Begitupun, 'nasib' tidak menyebelahi Tilmiz Arif apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada minggu pertama

Bagaimanapun penyingkiran peserta asal Kota Bharu, Kelantan itu bukan disebabkan menduduki markah terendah mingguan, sebaliknya dia menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Pemangku Pengurus Kanan Program Akademi Qurra’ 2024, Zulkarnaen Mokhtar berkata, Tilmiz Arif memilih untuk menarik diri disebabkan isterinya sedang sarat hamil dan beberapa masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.

"Peserta yang terkeluar itu (Tilmiz Arif), dia yang minta untuk dikeluarkan. Katanya isterinya sedang hamil dan ada alasan peribadi yang lain.

"Sepatutnya memang tiada penyingkiran untuk minggu pertama kerana mahu peserta panaskan badan dahulu. Tetapi sebab Tilmiz Arif yang mahu menarik diri, penyingkiran terpaksa dibuat," kongsinya.

Tilmiz Arif menjadi peserta pertama yang tersingkir pada minggu pertama Akademi Qurra’ 2024.

Image via TVAlhijrah (Facebook)

Susulan itu, pihak produksi telah membawa masuk seorang peserta baharu iaitu Tilmizah Athiyyah bagi mengisi posisi Tilmiz Arif.

Melanjutkan bicara, Zulkarnaen akui berpuas hati dengan sambutan yang diberikan penonton pada minggu pertama Akademi Qurra’ 2024.

"Alhamdulillah, Akademi Qurra’ akhirnya membuka tirai secara rasmi dan saya melihat sambutan dari penonton di rumah amat menggalakkan.

"Malah, tontonan di Facebook mencecah 900 penonton. Ia adalah satu pencapaian yang baik dan lebih baik berbanding tahun sudah," ujarnya.

Dalam pada itu, kedudukan tertinggi pada minggu pertama dipegang oleh Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza yang masing-masing memperoleh markah 92 peratus

Manakala Tilmiz Dr Adlee menduduki tangga terbawah dengan memperoleh markah 84 peratus.

Sebagai rekod, Akademi Qurra’ 2024 diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman selaku juri tetap dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim.

Seramai 12 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Akademi Qurra’ 2024 sekali gus membawa pulang hadiah utama.

Akademi Qurra’ 2024 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra’ 2024 turut menampilkan seorang Mudarris dan dua Mudarrisah yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Barisan tilmiz dan tilmizah Akademi Qurra' 2024.

Image via TVAlhijrah (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: