Nak Bina Rumah Kontena? Lelaki Ini Kongsikan 8 Panduan Penting Yang Anda Wajib Tahu
Adakah anda bersedia menongkah arus dan merencana masa depan?
Artikel ini dipetik daripada tulisan Muhamad Azree, pemilik rumah kontena di muhamadazree.com yang diterbitkan pada 23 Februari 2016
Assalamualaikum Salam Sejahtera
Terima kasih kerana memberikan sokongan menerusi jumlah likes yang tinggi di status Facebook yang saya kongsikan beberapa jam yang lalu. Apa khabar, nama saya Muhamad Azree dan ini adalah penulisan 'Panduan Bina Rumah Kontena' untuk tatapan anda.
muhamadazree.comLatar belakang
Saya berasal dari Felda Kahang Barat Kluang Johor dan membesar sebagai budak kampung je, kini berumur 26 tahun dan bekerja sebagai Software Engineer di Shah Alam. Saya puas menyewa dari usia 19 tahun sehinggalah 25 tahun. Jumlah sewaannya, dah boleh bayar kereta Myvi secondhand rasanya. Kemudian, saya bina rumah kontena dan inilah perinciannya…
Senarai
Untuk panduan ini, saya akan senaraikan satu persatu perincian yang perlu diambil sebelum memulakan projek ini. Semoga bermanfaat.
Video-video
Tontonlah terlebih dahulu video2 ini sebelum membaca sepenuhnya.
1. Minat, Semangat Dan Masa Untuk Dikorbankan
Tiga perkara ini amat dititikberatkan. Walaupun tak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mind set yang akan membantu anda untuk pergi lebih jauh dan mengejar cita-cita. Tanpa minat yang tinggi untuk membina, memiliki dan mendiami rumah kontena, tidak akan muncul sebarang motivasi.
Since anda semua dah sampai di website saya ini, saya pasti minat itu sudah dipangkah dalam checklist ini.
Masa untuk dikorbankan
Kalau kita banyak duit tak mengapa untuk biarkan sepenuhnya proses pembinaan rumah kontena ini kepada kontraktor anda. Tapi kalau bajet kita ciput ala2 rambut saya (ada takde) makanya kita kenalah korbankan sedikit masa.
Masa untuk ke shopping mall minum secawan latte tu dah boleh lupakan dulu, takde kek cheese untuk dibeli sebab itu semua tak perlu. Kalau anda bekerja macam saya 9-530 petang, balik kerja tu segeralah gunakan untuk bantu pekerja-pekerja kontraktor anda dan turut serta bersama mereka membinanya.
Semangat yang kental ibarat sup urat keting
Kalau makcik-makcik jiran sebelah kondem anda semua dah down, member2 tak support anda dah down and menangis, lupakanlah. Kalau panas sikit pun dah cari tisu, lupakanlah. Sebab tak semua orang boleh bertahan dengan cabaran ni. Saya dihentam dengan teruk di media sosial tahun lepas dan di forum2 terkenal. Tapi bagi saya mereka terlalu awal menilai. So saya layankan je.
2. Restu & Persetujuan Ibu Bapa, Keluarga
Bab restu ni subjektif sikit, and dibicangkan sebab ramai remaja perempuan / gadis / wanita bujang yang berminat untuk membina rumah mereka. Saya banyak baca komen-komen terkini dan dapat banyak inbox (termasuklah yang nak berkenalan dan buat menantu) yang bersungguh-sungguh nak buat. Tapi apabila bawa balik cerita ke keluarga, keluarga tak bersetuju. Mungkin lebih mudah untuk orang lelaki sebab most of the time, if duit tu duit mereka, decision making cuma petik jari aje.
muhamadazree.comPersetujuan pasangan
Yelah, bila dah berkahwin mestilah nama pun berkongsi hidup, jangan hanya sang suami sahaja yang berminat, isteri tak setuju, kalau dah macam tu, lebih baik jangan teruskan, pilih yang lebih mudah mungkin sebab komitmen dan masa untuk mengurus anak-anak akan merumitkan keadaan. Tambahan, pasangan mungkin rasa rumah dibuat dari besi tidak selamat untuk anak-anak. Saya setuju juga, tapi masih subjektif solusinya. Persetujuan BF dan GF tak perlulah ya, masih jauh tu, kalau dah tunang tu tag tunang kat gambar2 minta pendapat boleh diterima, hehe.
Ada ke orang nak buat ko jadi menantu? Duduk dalam kontena ni.
Heboh soalan ni, yang nak membayar rumah tu nanti kita ke mertua? Hehe. Bab mertua ni saya tak berani komen, sebab belum jadi menantu sesiapa, tapi bila baca mesej nak dimenantukan tu, saya rasa orang kita tak kisah sangat kot anak dia duduk macam dalam rumah kuarters bangladesh kat site.
3. Wang Ataupun Kemampuan
Orang selalu tanya, berapa ya buat rumah kontena ni, saya naik penat nak jawab sebab nak buat rumah kontena ni takde jumlah yang tepat. Harga timun pun naik diknon tiap tahun, inikan pulak simen dan pasir. Tahun pertama saya buat rumah, kosmya taklah rasa sangat, tapi untuk tahun kedua ni, GST betul-betul memberi kesan dalam setiap pembelian. Yelah mana ada barang hardware Standrard Rated (0%). Semua 6%. Kalau saya habiskan 75K, berapa dah GST nya, RM4500. Dapat lagi sebiji kontena seken yang remuk2 sikit.
muhamadazree.comPinjaman Bank
Kalau nak buat pinjaman, setahu saya tiada loan beli tanah kat Malaysia ni untuk suka-suka beli tanah lot macam saya. Jadinya, pilihan yang ada ialah Pinjaman Peribadi, peribadi bukan pinjaman Along, tapi pinjaman bank untuk urusan peribadi. Sebelum buat loan tu, pastikan rate interestnya rendah, jangan sebab nak sangat senang lulus, interest menjolok langit. Tak sudah bayarnya nanti. Saya meminjam pun 75K, bayaran semula Rm116K selama 10 tahun. Berapa kampung tu dapat makan free.
Duit takde, tapi tanah ada
Haaaa, untuk mereka-mereka ni, bersyukurlah dikurniakan tanah daripada keluarga ke atau dari mana2 sumber. Kalau anda tergolong memiliki tanah, sah sah lah bajet buat rumah anda lebih rendah. Saya beli tanah tahun 2014 RM35K. duit beli tanah tu dah boleh buat cantik dah 2 biji kontena 20 kaki. Kalau loan susah nak lulus, simpan lah duit sikit-sikit ya, beli kontena sebiji setiap tahun, sebulan save 500 dah 6000 setahun, dapatlah kontena sebiji. Pastu slow-slowlah. Rumah ni nak bina bukan perlumbaan. Dia amik masa, semakin baik mengikut peredaran masa. Rumah saya di kampung pun dulu bermula dari kayu.
4. Duit Ada, Tapi Tanah Takde
Ini lah isu paling kita kena bincangkan sebab bagi saya, rumah lebih seronok kalau kita dapat halaman rumah atas tanah (bukan balkoni ya). Sebabnya adalah ruang untuk tengok anak-anak membesar, main guli dengan kasut tempurung depan rumah, gaduhu dengan anak-anak jiran, main korek2 tanah kena tungau. Sebab saya seronok membesar main tanah. Dulu-dulu mana ada handpon canggih2, tengok aje budak sekarang, tenuk pun tak kenal.
muhamadazree.comMembeli dan memilih lokasi tanah
Tanah ni akan makin mahal semakin dia dekat dengan akses ke jalan utama, pengangkutan awam dan pusat-pusat tumpuan. Nak beli tanah kat KL ceruk mana nak jumpa tanah lagi. Belilah bumbung2 bangunan lama tu, letak kontena atas tu. Ramai yang memperlekeh, “alah, buat kat hujung dunia bolehlah, cuba buat kat KL”… Pergh, sentap sampai ke hujung ginjal. Yelah, sebab yang cakapnya pun takdelah mampu jugak beli tanah kat KL tapi komen dia, pheww. Xpelah, itu urusan dia, sekarang ni urusan kita ni, urusan rumah kontena.
Lokasi-lokasi tanah yang masih murah
Taklah murah mana, tapi masih berbaloilah. Sbab bagi saya tanah lot kalau harganya tak lebih dari harga sebiji kereta kompak buatan tempatan maknanya berbaloilah. Tanah lot yang mahal2 sampai 80K ni saya memang x mampu, dan yang 80K ni pun biasanya area Bangi, Sungai Merab etc.
Jadinya antara lokasi yang saya tahu masih berbaloi ialah di Kampung Sijangkang ini sendiri, di Jenjarom, Dengkil, Rawang, Pulau Indah, Pulau Carey dan Kelanang.
Ya, lokasinya memang bukan lokasi idaman, tapi ikut pada takat mana kita rasa lokasi tu strategik dan kita mampu. Buat rumah kontena kita tak duduk tapii jadikan homestay pun okay apa. Buat duit jugak kan. Sekarang ni disebabkan persepsi, harga tanah naik sehingga minimum sekitar RM42K. So, segeralah kejar iklan2 yang bergantung kat tiang lampu tu. Dan pastikan tidak tertipu ya.
5. Kebenaran Membina Dari Majlis Bandaraya
Dah sedap-sedap baca sampai step 4, tiba-tiba step 5 failed. Untuk makluman, kalau tanah dibeli tu dalam urustadbir Majlis Bandaraya, makanya anda kena dapatkan kebenaran bertulis bahagian Perancangan Bandar. Biasanya mereka memang tak menyokong. Untuk part ni, biarlah mereka plan samada boleh ke benarkan lebih ramai orang bina rumah kontena di celah2 rumah taman atau belakang rumah diorang. Mereka lebih pakar dan ‘berkuasa’.
muhamadazree.comTanah Status Pertanian
Saya punya tanah status pertanian, jadinya kebenaran tidak diperlukan. Sebab sini kawasan kampung. Kalau mereka nak kompaun atau sita, mereka kena sita semua rumah-rumah kampung yang ada seMalaya ni. Saya rasa kalau itu dibuat mereka, pejabat mereka tinggal sejarah nanti. Bukanlah kita nak mencabar mereka, tapi timbangrasa itu perlu.
Lantik arkitek atau pelukis pelan
Kalau nak minta kebenaran, maka lantiklah sesiapa yang anda kenal yang ada kapasiti untuk melukis secara cantik supaya mudah urusan nak dapat kelulusan tu. Kena berkorban sikit lah ya.
6. Lakaran Rumah Kontena Anda
Mentang-mentang kontena tu petak, jangan ingat rumah pun camtu je seketul. Amiklah masa, usha2 instagram tengok rumah kontena di luar negara. Kalau pakai kontena ni, lakarlah lukisan yang padu dan menarik. Jangan pakai tingkap Nako dengan kontena, memanglah dapat nanti rumah kontena bangla.
Tingkap dan pintu tu lukislah ikut suka anda macam mana bentuknya. Bulat ke, segitiga ke, atau seluruh dinding dibuka dan ganti kaca ke. Semuanya boleh, pandai-pandailah merencanakannya.
Keutamaan lakaran
Bilik air dan dapur. Penting ya dua benda ni, sebab akhirnya anda kena tentukan kat mana nak tanam tangki septik dan kat mana nak park kontena tu. Dapur dan toilet ni saya suggest buatlah guna batu. Sebab nanti berkuap dalam kontena dengan wap air dari toilet dan melekat bau sambal tumis petai korang tu.
Seperti saya sendiri, saya bina tiga tandas bersambung dengan kontena menggunakan batu. Lebih selesa, dapur juga dibuat menggunakan struktur batu dan diletakkan tiles. Mahal sikitlah kan, tapi untuk keselesaan, kenalah.
Insulation dan pengurusan haba
Benda ni kalau kita letak atau tak terpulang sebenarnya. Kalau tak letak, maksudnya panas lah, so kenalah consider airconditioner. Kalau letak, makanya dependability terhadap aircond berkurangan. Kos elektrik juga dapat dijimatkan.
Setakat ni, elektrik saya sebulan RM90 camtu. Peti, mesen basuh, tv astro streamyx dan aircond 10 jam sehari. Jimat kan? Kalah rumah batu, memanglah, sebab aircond saya set suhu 26 darjah, sedap2 buah je suhunya, dan dia akan auto berhenti bila suhu target dicapai. Kontena kan kecil, jadi dia cepat sejuk!
7. Api Dan Air
Nak buat rumah takde api dan air macam mana bang oi. Kenalah ada. Masa saya nak buat dulu, tanah ni memang takde fasiliti tiang dan paip air lagi. Saya kena lantik kontraktor TNB dan Syabas untuk pasang utiliti ini ke rumah saya.
TNB pada asalnya nak berikan rate industri sebab struktur rumah tidak kekal. So saya buat dia kasi kekal dengan membina dinding batu tandas tu, barulah mereka benarkan sebagai sambungan kediaman. Terima kasih TNB.
Kemudian Syabas pula, pun kes yang sama, tapi kontraktor saya berjaya memujuk mereka bahawa rumah kontena ni bukan untuk projek binaan, tapi rumah manusia nak duduk. TQ juga Syabas.
Air memang penting, tapi jiran pun penting
Syukur saya masa awal-awal, jiran sayalah yang memberikan kemudahan api dan air. Saya pun tumpang mandi di rumah mereka, sebab saya terpaksa keluar dari rumah sewa dan duduk di rumah kontena separuh siap ketika itu. Nasiblah tak perlu berak bawah pokok sawit, maau kena ketip anai2 nanti, haha. Dikesempatan ini saya nak ucap terima kasih pada jiran terdekat saya Suhardi Selamat (ACOK) dan Kak Yan (Isterinya). Mereka juga sudi mengambil upah masakkan makanan disepanjang progress pembinaan. Jiran yang penyayang. Ko hado? Jiran sebelah rumah pun tak bertegur sebab gaduh parking kan?
Lightning trapper
Ya, pasang, jangan tak pasang.
8. Kontena Dan Kontraktor
Ha… ni part2 kemuncak pembinaan ni. Kat mana nak cari kontena, berapa harga kontena, kat Pasir Mas ada tak kontena, kat Sabah ada ke tak? Nasihat saya, sekiranya anda tinggal di utara, carilah supplier di sekitar pelabuhan Pulau Pinang, begitu juga pantai timur, pelabuhan Kuantan, manakala di selatan, PTP. Di Sabah & sarawak saya tidak pasti, mungkin Bintulu banyak?
Yang dikawasan Lembah Klang, lagi mudah, ramai je yang jual dan jadi orang tengah. Saya ni stok orang tengah juga. Janganlah terlalu berkira jika nak urusan itu mudah, kadang2 orang tengah up RM100 200 je. Saya ada supplier sendiri untuk kontena 20 kaki, 40 kaki GP dan High Cube.
Antara kebaikan membeli menerusi saya. Lori beserta kren akan diusahakan. Ingat, kos logistik juga tinggi. Sila hubungi Azwaan untuk tempahan 0177958678.
Kontraktor
Jika anda seorang yang mahir bertukang, mengimpal dan lain-lain, patutnya lebih mudah lah untuk anda buat, sebab kos sudah dapat dijimatkan, jika tidak mempunyai kemahiran lantiklah kontraktor untuk urusan kimpalan dan pembinaan, En Azwaan seperti nombor di atas juga berkemahiran buat rumah batu sampailah ke kerja kimpalan dan kaca. Kos upah kontraktor ni berbeza-beza, anda kena pandai2 negotiatelah ya.
Mahalnya!
Kalau nak murah buat sendiri orang kata, hehe gurau. Kalau nak kontena yang elok, ambillah yang mahal sikit dan berkeadaan baik, nak yang Rm5k ada, tapi jerawat sana-sinilah jawabnya.
Kesimpulannya...
Meskipun anda masih ragu-ragu dan berkira-kira samada ingin meneruskan atau tidak projek ini, saya nasihatkan ikutlah kemampuan anda. Rumah tidak semestinya dibina daripada kontena, siapa kata rumah kontena murah? Tak sama sekali. Rumah batu kalau pandai cut cost juga masih murah untuk dibina. Rumah kontena bukan untuk semua, tapi kalau anda teruskan juga, salute dari saya kepada anda. Sebab berfikir di luar kotak, mengikut kemampuan, menggunakan kembali bahan2 terpakai menjaga kelestarian alam.
Sekian dahulu dari saya, saya banyak kerja lagi ni nak buat, jadinya kalaulah anda rasakan semua ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.
Terima kasih kepada semua wartawan & FB Page yang telah membantu meenerbitkan artikel berkenaan rumah kontena.
Ikuti kami di:
Instagram | Facebook | Rumah Kontena Website
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!