seismik

Peluang Anda Nikmati Keindahan Panorama Kaabah Secara Percuma Kini Terlaksana

Alami sendiri suasana bumi suci yang tenang ini, pada bila-bila masa walau di mana pun anda berada.

Cover image via gfycat.com

Bagi yang pernah mengunjungi Mekah, samada untuk menunaikan haji atau umrah, pasti rindu untuk ke tanah suci itu kembali

Image via thepatriots.my

Menunaikan haji adalah perbuatan mengunjungi Baitullah (Kaabah) di Makkah dan ia merupakan rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.

dalil-alhaj.com

Hanya mereka yang berkemampuan, terutama dari segi ekonomi wajib menunaikan haji. Bagi yang masih belum ada rezeki, pastinya ternanti-nanti bila akan diberi peluang oleh Sang Pencipta untuk sama-sama merasai ketenangan di tanah suci itu

Namun syukurlah, dengan kewujudan laman web shutterksa.com ini, akan terubat rindu atau hajat di hati untuk melihat sendiri keindahan Kota Mekah, kota suci seluruh penganut agama Islam

Image via shutterksa.com
Image via shutterksa.com

Teknologi laman web milik Wessam Hassanin yang seakan-akan Google Street ini mempunyai visual 3 dimensi yang akan membuatkan pengunjung merasakan seolah-olah mereka berada sendiri Tanah Suci

Image via shutterksa.com

Untuk menikmati panorama 360 darjah ini, pengguna hanya perlu menggerakkan kursor tetikus ke mana-mana arah, dan visual akan memaparkan keadaan pada arah yang dipilih itu. Visual ini bukan hanya boleh dilihat pada komputer, tetapi juga boleh dinikmati di telefon bimbit anda.

Terdapat dua pilihan view dalam laman web ini, iaitu Mekah dan Madinah, tetapi sempena Ramadan ini ada satu view tambahan, iaitu suasana Ramadan di Tanah Suci Mekah

Image via shutterksa.com

Jika anda memilih Mekkah, anda akan ditawarkan dengan dua pilihan view yaitu Atap Kaabah dan Yemeni Corner. Yemeni Corner adalah salah satu sudut pada bangunan Kaabah.

Pemandangan dari atas Kaabah

Image via shutterksa.com

Yemeni Corner

Image via shutterksa.com

Mereka yang beruntung berada di depan Kaabah, di Yemeni Corner

Image via http://shutterksa.com/panorama

Dan kalau anda memilih Madinah, anda akan ditawarkan gambar suasana makam Rasulullah SAW.

Image via shutterksa.com

Suasana di dalam Makam Rasulullah

Image via shutterksa.com

Ini pula suasana Ramadan di Kota Suci Mekah. Nampaknya memang sangat seronok dan meriah.

Image via shutterksa.com

Suasana Ramadan di Tanah Suci

Image via shutterksa.com

Walaupun pengalaman 3D ini pastinya tidaklah sama seperti pengalaman ketika berada di Tanah Suci itu sendiri, tetapi sekurang-kurangnya tercapai sedikit hajat di hati

Menunaikan haji memerlukan persedian fizikal, mental dan ekonomi yang cukup. Sebelum menunaikan haji, para peserta akan diberikan kursus dan kelas bagi melengkapi ilmu mereka dalam mengerjakan ibadah haji.

Kos Haji langsung bagi musim 1436H adalah berjumlah RM17,270 seorang. Bagi musim 1436H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang.

tabunghaji.gov.my

Anda boleh lihat dan experience sendiri laman web yang sangat inovatif hasil usaha Wessam Hassanin di shutterksa.com. Hanya perlu klik sahaja.

Sementara itu di Malaysia, teknologi drone yang semakin popular di kalangan masyarakat telah berjaya merakam suasana seram dalam bangunan Highland Tower:

You may be interested in: