11 Pantai Unik Pelbagai Warna Dan Rupa Di Seluruh Dunia. Malaysia Pun Ada!
Terasa macam nak berkelah tepi pantai lah pulak.
1. Pantai pasir merah
Nama pantai ini ialah Pantai Kaihalulu dan terletak di Hawaii. Warna pantai ini sangat kontra dengan warna lautnya yang sangat biru. Kombinasi dua warna ini sangat cantik jika anda ingin mengambil gambar di sana. Kalau anda lihat pada gambar, warna tebing pantai ini juga sama dengan warna pasirnya.
Sebenarnya, warna pantai ini terbentuk kerana kandungan besi di dalam batu-batuan vulkanik di tebing itu bersentuhan dengan lautan. Malah, apabila air laut membasahi pasir pantai, ia kadangkala kelihatan menyerupai warna darah!
2. Pantai pasir pink
Bagi sesiapa yang menyukai warna merah jambu anda boleh pergi ke pantai yang terletak di Harbour Island, Bahamas. Pasir pantai Bahamas ini menjadi warna merah jambu adalah disebabkan ombak laut yang membawa karang berpigmen pink.
Selain itu, pantai ini juga dikatakan berwarna pink disebabkan lambakan kulit kerang berwarna merah jambu yang ada di pantai tersebut.
Jika anda merasakan kepulauan Bahama agak jauh, anda mungkin boleh terbang ke Indonesia. Pantai merah jambu ini terletak di Taman Nasional Komodo, Lombok Timur. Warna pasir pantai ini sangat indah dan kami yakin pasti ramai kaum wanita yang akan jatuh cinta padanya.
3. Pantai pasir jingga
Pantai yang cukup menyilaukan mata ini bernama San Blas Bay terletak di Gozo, Malta Itali.
Pantai ini tidak begitu crowded dengan orang ramai kerana untuk sampai ke pantai ini anda akan melalui trek yang sangat sukar. Tetapi apabila tiba di sini anda pasti seronok apabila dapat menikmati air lautnya yang nyaman dan selamat dari serangan obor-obor.
4. Pantai pasir kuning
Hawaii bukan saja ada pantai pasir berwarna merah, malah juga terdapat pantai pasir berwarna kuning. Memang unik!
Nama pantai ini ialah Pantai Papohaku. Ia memiliki pasir berwarna kuning keemasan dan warna yang muncul akan lebih memukau apabila matahari mulai terbenam. Jadi tidak hairanlah jika ramai orang yang datang ke sini pada waktu tersebut.
5. Pantai pasir hijau
Sekali lagi di Hawaii. Kali ini pantai yang bernama Pantai Papakolea ini pula pasirnya berwarna hijau. Selalu kita lihat laut sering dikaitkan dengan warna biru dan warna hijau pula sering dikaitkan dengan warna hutan dan tumbuh-tumbuhan. Namun, Pantai Papakolea menyajikan kedua-duanya sekali.
Warna hijau dari pasir ini berasal dari kandungan mineral yang ada di bebatuan lava yang terhasil dari ribuan tahun. Pantai ini membuktikan bahawa kombinasi warna biru dan hijau itu sangat cantik dan indah untuk dipandang.
6. Pantai pasir ungu
Buat peminat warna ungu, saya yakin anda pasti teringin sekali untuk berada di sini. Bukan saja pasir pantainya berwarna ungu tetapi pemandangannya pun Masha Allah mengagumkan!
Pantai ini diberi nama Pantai Pfeiffer yang terletak di California, Amerika Syarikat. Pantainya yang dikelilingi bukit batu menjadi port buat penggemar fotografi untuk bergambar. Pada waktu-waktu tertentu, langit yang menyelimuti pantai akan menambahkan lagi kesan dramatis. Buat pasangan yang ingin berbulan madu, pantai ini memang sangat recommended!
7. Pantai pasir hitam
Kalau tadi semua pantai berkenaan berada di luar negara, kali ini ada satu pantai yang turut mempunyai kelainan yang ada di dalam Malaysia. Yes, di dalam Malaysia sahaja!
Pantai ini dipanggil Pantai Pasir Hitam oleh sebab pasirnya yang berwarna hitam. Pantai ini terletak di Langkawi, Kedah. Semasa musim hujan, pasir di sini kelihatan lebih hitam disebabkan bijih mineral yang dipanggil Tourmaline dan Ilmenit dibawa turun ke pantai oleh aliran air hujan.
Biji mineral ini dikatakan terkandung di dalam batu granit yang berada di Gunung Raya iaitu gunung yang berdekatan dengan pantai tersebut. Menurut saintis, kejadian ini jarang berlaku di mana-mana pantai di dunia. Menarik bukan?
8. Pantai pasir kaca
Jika tadi kita bercakap mengenai pasir pantai yang berwarna-warni, kali ini kami nak dedahkan pula sebuah pantai yang pasirnya berkaca. Pantai ini diberi nama Glass Beach dan terletak di Fort Bragg California, Amerika Syarikat.
Untuk pengetahuan semua, pantai ini dahulunya adalah tempat pembuangan sampah selama bertahun-tahun. Akibatnya sampah kaca, plastik dan sebagainya membentuk seperti butiran-butiran kaca yang berwarna warni. Bila ditatap gambar-gambar di atas, butiran-butiran kaca ni tak ubah seperti kristal!
9. Pantai pasir kerang
Ini pula pantai pasir kerang atau nama panggilannya Shell Beach dan ia terletak di Denham, Australia. Dikatakan pembiakan kerang di sini tidak terkawal kerana terlalu banyak kerang yang membiak sekaligus menutupi permukaan sebenar pantai tersebut.
Berbeza sedikit dengan pantai lain, kebanyakan pelancong yang datang ke sini memakai kasut bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika berjalan di atas pantai tersebut. Pantai yang tercatat sebagai Tapak Warisan Dunia ini sangat popular sebagai tempat untuk berenang kerana ombaknya yang tenang.
Selain itu, di sini juga menyediakan kawasan untuk anda camping bersama teman-teman mahupun keluarga.
10. Pantai batu hitam
Selalu kita kaitkan pantai mesti berpasir bukan? Pantai ini pula memang tiada pasir langsung dan ia dipenuhi dengan batu-batu hitam yang pelbagai saiz. Nama pantai ini ialah Pantai Ko Hin Ngam yang terletak di Thailand.
Dan selalunya pelancong yang tiba ke sini mesti akan mengambil gambar di papan tanda pantai tersebut. Batu-batu di sini mempunyai permukaan yang licin dan bersinar. Aktiviti yang biasa dilakukan oleh para pelancong di sini ialah menyusun batu-batu tersebut peringkat demi peringkat seperti sebuah menara batu. Sangat menarik!
Dipercayai bahawa tindanan batu-batu dibuat bersertakan hasrat. Itulah sebabnya banyak batu-batu dsusun di pulau itu. Setiap batu di pulau ini telah disumpah oleh tuhan Tarutao dan sesiapa yang mencuri batu dari pulau akan dihukum kelak.
11. Pantai pasir biru
Ini pula pantai pasir biru. Sebenarnya, warna pasir pantai ini tidaklah berwarna biru tetapi tepian pantainya yang berwarna biru. Sinar biru ini dihasilkan oleh fitoplankton yang bersifat bioluminescent iaitu mengeluarkan cahaya.
Fitoplankton tersebut dibawa oleh arus ombak dari tengah laut dan pantai ini terletak di Kepulauan Maladewa atau lebih dikenali sebagai Maldives. Tetapi harus diingatkan, anda hanya mampu melihat fenomena ini terjadi pada waktu malam sahaja ya.
BONUS: Di Miri pun wujud pantai biru seperti ini. Ia baru saja dijumpai pada tahun lepas
Pantai Tusan mula menjadi popular apabila seorang jurugambar tempatan bernama Albert Song memuat naik gambar pantai tersebut di sebuah laman sosial.
Sesetengah sumber mengatakan pantai itu memang kelihatan biru pada waktu malam tetapi tidak begitu ketara seperti yang kelihatan pada gambar jurugambar tersebut. Sejak perkara itu berlaku, pantai ini mula viral dan menjadi kunjungan orang ramai!
Tak sangka, memang wujud pantai-pantai unik ini kan? Kalau dapat lepak dengan kawan-kawan mesti seronok!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!