PAS Harap Kerajaan Dapat Hapuskan Riba Bagi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Apa pendapat anda?
Majoriti individu yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat universiti pastinya akan membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Pinjaman daripada organisasi ini sentiasa menjadi pilihan kerana peluang untuk mendapatkan kelulusan adalah lebih mudah malah kadar faedah yang ditetapkan untuk pembayaran balik juga rendah.
Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Mursyidul Am PAS, beliau berharap agar faedah tersebut dapat dihapuskan
Memetik laporan Harian Metro, Datuk Ahmad Yakob berkata jika kerajaan yang bakal diterajui oleh Perikatan Nasional kelak tidak dapat menghapuskan PTPTN, cukuplah jika peminjam sekadar membayar jumlah pinjaman sahaja dengan tanpa sebarang faedah dikenakan.
“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay.
“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba,” katanya.