seismik

"Pasangan Ada Bukti Sijil Nikah" - Pihak Hospital Didakwa Cuba Putar Belit Fakta Insiden?

Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai mengatakan kenyataan rasmi oleh pihak hospital banyak bercanggah dengan kronologi sebenar yang berlaku.

Cover image via Mr Wan Cai Official (Facebook) & Dagang News

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sejak semalam kisah seorang bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, didakwa 'dihina' oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta di Klang, Selangor

Dalam pada itu, pihak hospital tampil memberi penjelasan berhubung jenazah seorang bayi, dikenali sebagai Adik Adham Mikail yang dibekukan selama dua minggu oleh kerana si bapa tidak mampu membayar kos bil pada ketika itu.

Menurut pihak hospital, ibu bayi itu diterima masuk ke hospital atas dasar kemanusiaan walaupun tidak berdaftar dan tidak menjalani saringan awal.

Pada masa sama pihak hospital menunggu si bapa untuk satu jangka masa yang lama untuk menyempurnakan jenazah anaknya.

Penjelasan pihak hospital itu dibidas oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai

Menerusi hantaran Facebook terbaharu Wan Chai, pihak hospital didakwa cuba memutar belit fakta insiden itu berlaku.

Dalam kenyataan rasmi, pihak hospital mendakwa pada ketika itu si isteri dan seorang lelaki yang datang adalah bukan pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, difahamkan si ibu dihantar oleh jirannya ke hospital sebelum si bapa bergegas ke hospital dari tempat kerja selepas mendapat tahu berita tersebut.

Pihak hospital mendakwa si bapa enggan menguruskan jenazah anak sendiri sehingga ditahan selama dua minggu.

Menurut Wan Chai lagi, pihak hospital keluarkan kenyataan mengatakan ibu bapa Adik Adham Mikail tidak berkahwin tanpa melihat sijil nikah mereka sendiri.

Pihaknya mempunyai bukti sahih sijil nikah pasangan terbabit dan pihak hospital tidak sepatutnya sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Sepatutnya kau (hospital) mengaku kesalahan yang kau (hospital) dah buat untuk betulkan keadaan. Tapi kau (hospital) angkuh dan fikir boleh menang sebab kau (hospital) ada duit.

"Kau (hospital) perlu sedar fakta tidak boleh di ubah menjadi auta. Aku ada saksi mata bersama bukti resit yang dikeluarkan atas nama hospital kau.

"Dan aku ada bukti dokumen sijil nikah yang kau (hospital) sibuk duk kata ibu bapanya tidak berkahwin. Kau (hospital) berani kata ibunya dibenarkan keluar pada hari kejadian,"
ujarnya dalam posting di Facebook.

Wan Chai mempunyai bukti salah seorang rakan si bapa telah datang ke hospital membuat pembayaran sebanyak RM663 pada tarikh 7 Disember

Walau bagaimanapun, salah seorang staff hospital pada ketika itu meminta baki bayaran RM1,817 hendaklah dilunaskan sebelum jenazah bayi boleh dibawa keluar.

Difahamkan, baki bayaran dilangsaikan pada 11 Disember oleh seorang individu. Setelah itu barulah jenazah Adik Adham Mikail diuruskan dan disemadikan di Selat Klang, Selangor.

Pihak hospital mendakwa si ibu keluar daripada hospital pada 7 Disember. Begitupun, Wan Chai mempunyai gambar menunjukkan rakan si bapa menemui pasangan suami isteri itu di dalam hospital pada tarikh tersebut. Si ibu dan bayinya hanya dikeluarkan pada 9 Disember.

Kenyataan rasmi hospital yang dikeluarkan banyak bercanggah dengan kronologi membuatkan warganet skeptikal dengan sikap profesional badan perubatan berkenaan.

Ramai warganet berharap agar ada pihak profesional yang dapat tampil membantu tegakkan keadilan buat ibu bapa Adik Adham Mikail.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat dakwaan hospital swasta tahan, beku jasad bayi baru-baru ini

KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sudah pun memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan jasad bayi meninggal dunia selama dua minggu, hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mengesahkan perkembangan itu menasihati semua pihak supaya bertenang, memandangkan pihak berwajib sudah dikerahkan untuk menjalankan siasatan.

"Saya secara jujur mahukan semua pihak bertenang dan mengizinkan untuk pihak-pihak berwajib yang menjalankan siasatan termasuk CKAPS pun turun sama (jalankan siasatan).

"Jadi saya akan menantikan dengan sabar untuk mendapatkan dapatan penuh daripada semua pihak berwajib yang sedang menjalankan siasatan termasuk pihak kami, CKAPS yang telah turun mendekati beberapa pihak terbabit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Image via Sinar Harian

"Jadi saya mahu semua dalam kalangan kita untuk bersikap penuh ihsan, belas kasihan dan menjaga empati kita," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Susulan kejadian itu, Dr Dzulkefly sempat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bayi terbabit sambil berharap semua pihak tidak menyebar cerita yang belum dipastikan kesahihannya.

"Bukan perkara mudah kerana ada dakwaan di sana sini. Jadi saya percaya kita semua boleh bersabar untuk mendapatkan fakta yang sebenarnya sebelum kita membuat apa-apa andaian yang kita kesal kemudian," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: