seismik

Individu Bengang Masjid Pasang Speaker Luar, Ceramah Kuat-Kuat Cerita Pasal Ina Naim

Difahamkan, isu tersebut telah berlarutan sejak tahun 2019 lagi kerana terdapat aduan yang sama.

Cover image via @island_purr (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu pembesar suara di masjid menjadi topik hangat dalam kalangan warganet di media sosial baru-baru ini, susulan seorang pengguna X yang membuat ciapan mengenai pembesar suara masjid di sekitar kawasan perumahannya

Pengguna X terbabit, @island_purr mendakwa, sudah 8 aduan telah dibuat kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan juga 1 aduan juga telah dibuat kepada pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

Namun, pihak masjid terbabit masih berdegil dan tetap menggunakan pembesar suara (speaker) luar hingga kepada max volume untuk perkara-perkara selain bukan untuk melaungkan azan.

"Area aku ni ada 4-5 condos dan aku percaya bukan semua muslims je yang duduk. Jadi aku tak faham kenapa diorang ni rasa entitled sangat untuk guna speaker luar max volume untuk perkara2 seperti bukan azan.

"Sejak awal tahun lepas aku dah buat aduan guna saluran yg betul. 2-3 minggu tu elok lah kejap. Lepas tu kembali semula selfish.

"Kadang penat atau tengah tak sihat, nak rehat pun tak boleh. Orang yang ada anak kecik tak tau lah macam mana. So cara apa lagi aku boleh/kena buat?," ujarnya.

Dah berlarutan lama sejak tahun 2019 lagi kerana terdapat aduan yang sama

Menurut pengguna X itu lagi, masalah itu telah berlarutan sejak 4 tahun lepas lagi sebelum dia pindah ke kawasan perumahan di situ.

"Orang lain dah complain dekat FB Masjid tapi tengok cara dia jawab dan nilai sendiri," katanya.

Selain itu, dakwanya lagi, terdapat penduduk yang lain tinggal berdekatan kondominiumnya juga tidak tahan dengan bunyi 'bingit' daripada speaker luar ketika ceramah diadakan.

Malah, sejak 2019 juga perkara berkenaan telah menjadi isu kerana namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan isu tersebut.

Pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ambil maklum, siasatan berkaitan isu tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat

Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, isu tersebut boleh diselesaikan secara berhemah sebaik mungkin tanpa menerbitkan ketidakselesaan masyarakat.

Beliau berkata, ia susulan beberapa aduan berkaitan isu berkenaan yang didakwa menganggu keharmonian penduduk di kawasan berhampiran maka siasatan berkaitan isu tersebut akan dilakukan.

"Nanti kita siasat dan semak. Sebenarnya sudah ada pihak yang mempunyai autoriti lakukan tindakan dan apa yang kita katakan bahawa sudah ada kerangka kerja, bidang kuasa.

"Namun begitu sekiranya ada apa-apa permasalahan atau apa-apa isu kita akan tangani sebaiknya. Kita tidak mahu ada apa-apa isu yang mengganggu gugat ketenteraman.

"Insya-ALLAH... kita secara berhemah sebaik mungkin tangani tanpa menerbitkan satu ketidakselesaan masyarakat,"
katanya.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan

Image via Sinar Harian

Tambahnya lagi, semua pihak termasuk masjid perlu menjaga keharmonian masyarakat walaupun ia melibatkan aktiviti keagamaan.

Menurutnya, sebarang isu dan permasalahan perlu dirujuk kepada pihak yang berautoriti bagi memastikan sebarang aktiviti dilakukan tidak mengganggu sensitiviti masyarakat.

"Jadi nasihat saya pada semua bahawa apabila kita melakukan sesuatu hatta untuk lakukan kebaikan mesti mengambil kira sensitiviti setempat apakah impaknya," ujarnya.

Ikuti posting penuh yang dimuat naik oleh pengguna X terbabit di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: