5 Negeri Di Malaysia Ini Tidak Akan Cuti Umum 'Tahun Baharu' Pada 1 Januari 2025
Penduduk di lima buah negeri ini perlu bekerja seperti biasa.
Ramai rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk tahun baharu yang akan datang dan sibuk merancang percutian bersama keluarga
Tetapi, tahukah anda bahawa hari Rabu, 1 Januari 2025, bukanlah cuti umum kebangsaan untuk seluruh negeri.
Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia akan menikmati cuti sehari, pejabat dan jabatan kerajaan di beberapa buah negeri tetap akan beroperasi seperti biasa.
Bagi penduduk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu, Hari Tahun Baharu tidak diisytiharkan sebagai cuti umum
Negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang unik bagi membentuk jadual cuti umum mereka.
Negeri seperti Kelantan dan Terengganu, yang menggunakan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu, sering mengutamakan cuti yang berkaitan dengan tradisi Islam dan adat resam dan budaya tempatan berbanding dengan acara global seperti Hari Tahun Baharu.
Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, sambutan Malam Tahun Baharu masih diadakan di negeri-negeri ini
Bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Alor Setar masih mengadakan acara countdown, pertunjukan bunga api, dan festival Malam Tahun Baharu bagi membolehkan orang ramai sama-sama menyertai suasana perayaan, walaupun mereka perlu bekerja pada keesokan harinya.
Jika anda bekerja di syarikat swasta di lima negeri ini, adalah lebih baik untuk mengesahkan dengan majikan anda sama ada syarikat anda akan cuti pada Hari Tahun Baharu atau tidak.
Sama ada anda menikmati cuti umum atau perlu bekerja, semoga Tahun Baharu 2025 nanti bakal menjadi permulaan yang indah buat semua!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!