Penonton Bertuah Calpis Soda OIAM Bakal Terima Hadiah Mingguan Kereta Peugeot Landtrek
Jangan lupa tonton Calpis Soda OIAM yang disiarkan di TV3 mulai 22 Disember ini, jam 9 malam!
Program nyanyian paling ikonik di Malaysia iaitu Calpis Soda One In A Million (OIAM) kini kembali selepas 15 tahun dan bakal mengubat rindu para peminat!
Selepas selesai sesi uji bakat di tujuh buah lokasi dan platform atas talian, Calpis Soda OIAM 2024 kini mengumumkan 100 peserta terbaik yang telah berjaya lolos di sesi uji bakat.
Menerusi satu sesi sidang media yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya, kesemua 100 peserta diperkenalkan dan kini, mereka akan bersaing berhabis-habisan kerana hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam Calpis Soda OIAM yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 nanti.
Akan mula ditayangkan pada 22 Disember 2024, program Calpis Soda OIAM kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Calpis dan rakan penaja iaitu Peugeot, Oppo dan Yes5G.
Bagi musim terbaharu ini, program Calpis Soda OAM bakal menggandingkan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai hos program manakala menampilkan gandingan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan sebagai juri tetap.
Untuk format program, para peserta bakal berentap selama tujuh minggu melangkah ke peringkat akhir pada minggu kelapan.
Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (60%) dan undian daripada penonton (40%).
Juara Calpis Soda OIAM 2024 dan penonton bertuah di rumah bakal terima hadiah lumayan!
Untuk edisi kali ini, juara Calpis Soda OIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bernilai RM400,000.
Menariknya lagi, hadiah lumayan juga bukan sahaja menanti peserta, tetapi para penonton turut berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan.
Rakan penaja iaitu jenama kenderaan antarabangsa, Peugeot bakal menghadiahkan kereta jenis Peugeot Landtrek pada setiap minggu buat tujuh penonton bertuah.
Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais turut menyatakan Peugeot Malaysia amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Calpis Soda untuk memberikan hadiah-hadiah istimewa sempena Calpis Soda One In A Million.
"Sebagai 'initiator' utama, Calpis Soda telah membuka peluang kerjasama ini, membolehkan kami menawarkan tujuh unit Peugeot Landtrek sebagai hadiah mingguan dan sebuah Peugeot 408 sebagai sebahagian daripada pakej hadiah utama.
"Dengan tiga tonggak utama kami iaitu Allure, Emotion dan Excellence, kerjasama ini mencerminkan semangat inovasi dan kecemerlangan.
Model Peugeot Landtrek yang gagah dan serba boleh serta Peugeot 408 yang anggun dan ikonik adalah simbol falsafah 'Bahasa Tarikan' kami yang melambangkan kombinasi sempurna keanggunan automotif dan semangat pengembaraan," katanya.
Buat para peminat yang sudah lama menantikan program terulung ini, nantikan konsert minggu pertama Calpis Soda OIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember ini.
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million.
Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!
Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!