Gagal Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Shah Alam, Wanita Tekad Terbang Ke Sarawak Cuba Nasib
"Kawan-kawan LCK saya semua dah dapat, saya nak juga" - Nadjaliza.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Meskipun gagal di peringkat kedua uji bakat Calpis Soda One In A Million di AEON Shah Alam minggu lepas, seorang pramugari yang merupakan bekas peserta Lagu Cinta Kita (LCK) tetap bersemangat terbang ke Sarawak pagi tadi untuk dapatkan tempat dalam rancangan nyanyian berprestij tersebut
Nadjaliza Binti Mustaffa atau lebih senang dipanggil Nadja berkata dia bertolak pagi tadi dengan penerbangan jam 7, tapi sampai lebih kurang jam 9.30 disebabkan delay.
Nadja mengakui bahawa faktor utama di sebalik kegagalannya di AEON Shah Alam adalah perasaan gementar yang membuak-buak yang jelas terlihat ketika berada di atas pentas.
"Bila berada di peringkat kedua, mula-mula rasa okay, seronok bila naik pentas. Tapi sebaik muzik mula berbunyi, tiba-tiba rasa nervous sangat. Juri pun sebenarnya sangat supportive. Cikgu Sarah kata pemilihan lagu saya sudah tepat, cuma perasaan gementar itu perlu lebih dikawal," katanya.
Rela terbang ke Sarawak demi cinta yang mendalam pada muzik
Menurut Nadja lagi, rasa gemuruh itu berpunca daripada tempoh yang lama sejak kali terakhir dia menyertai uji bakat nyanyian iaitu pada tahun 2020.
"Kali terakhir saya sertai uji bakat ialah pada tahun 2020 untuk program Lagu Cinta Kita musim kedua. Saya berada dalam kumpulan ketiga bersama pasangan saya, Aiman. Kami juga satu kumpulan dengan Nadeera dan Khareez," katanya.
Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pramugari, Nadja tetap hadir untuk mencuba nasib kali kedua untuk membuktikan betapa dalamnya minat terhadap dunia nyanyian.
"Sejak kecil lagi, saya memang minat menyanyi. Tapi peluang untuk mendalami bidang ini seolah-olah tidak pernah terbuka, mungkin juga disebabkan komitmen kerja. Namun, kini dengan jadual kerja yang sedikit perlahan, saya mengambil peluang ini untuk meneruskan minat saya dalam nyanyian kerana minat tu sentiasa dekat di hati saya," katanya lagi.
Mengidolakan figura hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, dan Nadeera, dia pernah berusaha untuk mengetepikan impian menjadi penyanyi profesional. Namun, keinginan yang mendalam terus membara dalam dirinya.
Dia juga pernah mengikuti kelas vokal bersama Mas Idayu dan pernah menjadi pelajar Mark Adam di ASWARA.
Berkongsi sebab lain dia menyertai uji bakat kali ini, Nadja mengakui rasa tercabar dengan kejayaan rakan-rakannya dari program LCK yang telah terpilih.
"Saya ingin terus maju ke depan dan pada usia 37 tahun, saya rasa masih belum terlambat untuk saya menceburi bidang seni. Ini adalah minat saya, jadi saya perlu kejar impian itu. Walaupun rezeki belum ada, saya akan terus berusaha. Saya berharap ada peluang dalam OIAM ini.
"Sebenarnya, saya tak mengimpikan satu juta ringgit. Apa yang lebih saya rindukan adalah peluang untuk beraksi di atas pentas. Masih banyak yang ingin saya tunjukkan sebagai penyanyi solo. Jadi, saya berharap diberi peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!