seismik

Gagal Di UM, Gadis Tak Patah Semangat Cuba Nasib Kali Kedua Di Uji Bakat Calpis OIAM

Kalau ada rezeki tak ke mana kan?

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Saya gagal di lokasi pertama, tak menyerah untuk cuba di lokasi kedua"

Itulah kata-kata semangat daripada seorang bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari UiTM Shah Alam yang bernama Nurul Syazwani Binti Mohd Tarmizi atau lebih senang dipanggil Wani.

Semasa menuntut di peringkat ijazah, Wani telah didedahkan dengan pelbagai teknik vokal yang membantunya untuk meningkatkan kemahiran dalam melontarkan suara.

Dengan ilmu yang ada Wani bercita-cita untuk mengembangkan bakatnya dengan menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian, baik di televisyen mahupun di media sosial.

"Sejak kecil, saya sudah mula membuat persembahan dan menyertai pertandingan," katanya.

Image via TV3 Malaysia

Impian hasilkan sebuah single tergendala akibat kemalangan, kini bangkit teruskan semangat untuk bergelar seorang penyanyi

Menurut gadis berkenaan, dia pernah menjuarai pertandingan nyanyian Sirkhan Cari Penyanyi dan telah dijanjikan sebuah hadiah berbentuk single, namun impian itu terpaksa ditangguhkan akibat kemalangan yang dialaminya pada tahun 2023 ketika dalam perjalanan pulang dari sesi latihan koir dengan menaiki motosikal.

"Selama enam bulan, saya sangat down, tak berani keluar rumah, sukar bercakap, makan pun susah sebab rahang saya patah. Tulang pipi saya retak dari mata hingga ke mulut, dan sekarang ada besi di dalam. Gigi saya juga patah dan perlu dibetulkan," katanya.

Walaupun terjejas akibat insiden tersebut, Wani bangkit dan keluar dari kepompong kesedihannya. Dia kembali menyertai pertandingan nyanyian dan terus berusaha untuk mengembangkan diri, dengan sokongan dan dorongan yang kuat daripada keluarga.

Image via TV3 Malaysia

Difahamkan, Wani yang telah menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya gagal pada peringkat pertama, namun tetap meneruskan semangatnya dengan menghadiri uji bakat di AEON Mall Shah Alam pula.

"Dari KL ke Shah Alam hanya satu jam, jadi saya tetap datang ke sini kerana saya betul-betul nak jadi penyanyi. Walaupun kecewa di sana, saya berharap dapat berita baik di sini.

"Saya memang sangat down selepas gagal di UM, tapi dengan dorongan keluarga saya yang tidak putus-putus, walaupun saya pada mulanya ragu-ragu, mereka tetap push saya untuk datang dan cuba lagi," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: