seismik

Adik Khai Bahar Penuhi Impian Arwah Ibu, Berjaya Tawan Hati Juri Di Calpis Soda OIAM

"Mak nak tengok saya dalam TV" - Kyra.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nurul Syakira Baharuddin atau lebih mesra dipanggil Kyra yang merupakan adik kepada penyanyi terkenal, Khai Bahar tidak ketinggalan untuk menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya semalam, 16 November 2024

Menurutnya, salah satu cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang bergiat dalam industri adalah menjadi adik kepada Khai Bahar. Oleh itu, dia mencari pengalaman dan mencabar dirinya dalam pertandingan tersebut.

"Tujuan Kyra sertai uji bakat ni adalah untuk mendapatkan pengalaman. Sebelum ini Kyra jarang bertanding, mungkin hanya dua kali sahaja. Pertama di sekolah, dan kedua di platform radio di Perlis.

"Ramai yang menganggap saya hanya menumpang populariti abang. Bagi saya itu tidak menjadi isu, saya cuma bertuah kerana memiliki abang seorang artis. Malah, kerana abang saya jugalah, orang kenal Kyra," katanya.

Image via TV3 Malaysia

Anggap ujibakat OIAM sebagai peluang untuk ukir nama sendiri di industri muzik, selain tunaikan hasrat arwah ibu

Selain sering melakukan sesi live di TikTok sebagai sebahagian daripada kerjayanya, Kyra juga berusaha untuk menarik peminat melalui bakat nyanyiannya.

"Saya mahu orang mengenali Kyra atas usaha saya sendiri, bukan kerana abang. Saya ingin dikenali kerana bakat saya dalam OIAM, bukan sebagai adik Khai Bahar. Abang saya tak tahu saya datang ke UM. Saya rahsiakan sebab takut dia tak percaya saya boleh buat, atau risau kalau saya tak dapat hadapi kecaman orang," katanya.

Namun, akhirnya dia menghubungi abangnya yang telah mengetahui keberadaannya di uji bakat tersebut dan memberikan nasihat supaya Kyra lakukan yang terbaik dan jangan terlalu gementar.

Kyra turut berkongsi bahawa dorongan utama yang membuatkannya minat menyanyi dan bercita-cita menjadi penyanyi adalah impian arwah ibunya.

"Dia kata sebelum dia tiada, dia nak Kyra jadi macam abang. Dia nak tengok Kyra dalam TV, tapi Kyra tak boleh nak tunaikan sebab dia sakit, Kyra kena jaga dia," katanya lagi.

Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: