seismik

ADHD Bukan Penghalang, Remaja Cabar Diri Datang Uji Bakat Calpis Soda One In A Million

Tahniah kerana beranikan diri!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahu membantu abang yang menghidap masalah autisme, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Azim Tajuddin, sanggup datang dari Dungun, Terengganu bagi menyertai uji bakat program realiti nyanyian, Calpis Soda One In A Million (OIAM)

Azim yang juga merupakan penghidap ADHD mahu mencuba nasib dalam dunia seni berikutan kekurangan yang dimiliki olehnya.

"Saya tak pernah pergi mana-mana uji bakat sebelum ini. Dari segi persiapan pula, saya tak pernah pergi kelas vokal. Saya belajar menyanyi dan bermain gitar menerusi Youtube sahaja.


"Kalau tanya mengenai pengalaman pula, saya pernah menyertai beberapa pertandingan di sekolah seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik," katanya.

Image via TV3 Malaysia

Mahu cuba nasib dalam bidang seni

Menurut Azim, dia mahu membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa ADHD bukan penghalang buat dirinya untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.

"Penguat semangat saya sepanjang menghidap ADHD ialah muzik. Melalui muzik dan petikan gitar, saya berasa tenang. Kalau diikutkan, orang yang ada ADHD, dia tak boleh nak ingat chord dan suka lupa lirik. Paling ketara, saya akan gementar depan juri.

"Tadi, Alhamdulillah, saya dapat atasi semua itu. Semasa menunggu, saya sempat berselawat. Lagi satu saya berani buka mata semasa menyanyi demi nak tunjuk keyakinan diri. Jadi saya buktikan ADHD bukan penghalang kerana ia bentuk ujian untuk saya. Orang macam saya ada kelebihan yang orang lain tak ada. Cuma kena pandai menggunakannya," katanya.

Image via TV3 Malaysia

"Saya memang nak sangat bantu abang saya walaupun mak dan ayah saya bergaji cukup untuk makan sehari. Seperti yang semua tahu, Autisme ini bukan macam orang yang biasa. Orang yang jaga pun perlu kekuatan mental dan fizikal," katanya.

Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million! Masih tidak terlambat bagi orang-orang di Lembah Klang!

Cepat-cepat hadir ke lokasi yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik mengenai Calpis Soda One In A Million:

You may be interested in: